Tag

knowno

New Release

Kolektif Rappers A MOVEment, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman Rilis Muzik Video “Sar A Wak Vol.2”

Gabungan Rappers-rappers dari Sarawak, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman telah meriliskan sebuah muzik video untuk single terbaru mereka iaitu Sar A Wak Vol.2 yang boleh di tonton di platform YouTube channel Knowno Hornbill Official. Mereka juga merupakan sebuah kolektif Hip-Hop di Sarawak yang dikenali sebagai A MOVEment. Sebuah kolektif yang lahir daripada sekumpulan individu yang cinta terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop.

Sedikit info mengenai A MOVEment, mereka merupakan sekumpulan individu yang mempunyai minat yang sama terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop. Berkongsi visi dan menggunakan muzik sebagai bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai alat penyampaian suara dan perjuangan yang disatukan oleh kesedaran kolektif. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk muzik video ini, “Kami membuat karya-karya yang membawa mesej, adab dan sopan, hormat tanda budaya kita orang Sarawak khususnya walaupun saingan sehat dalam industri.”

Seperti sedia maklum, A MOVEment membawa muzik dari sub-budaya Hip-Hop dan irama muzik Hip-Hop mereka adalah pengaruh dari 90s Conscious Hip-Hop, Boom Bap, dan element eksperimental Asian Hip-Hop dengan sentuhan element muzik budaya dari Sarawak. Menurut Wayne, “Kami mengekspresikan diri melalui lirik berisi mesej, beat yang mentah dan suara jalanan yang tidak berkias dan agak kasar, tetapi memang cara Orang Sarawak macam ya.

Pengaruh dan inspirasi muzik mereka pula adalah dari Tupac Shakur, Eminem, The Notorious B.I.G, Wu-Tang Clan, Outkast, Bone Thugs-N-Harmony, N.W.A, untuk antarabangsa dan pengaruh lokal pula adalah seperti, Notorious Maximus, Poetic Ammo, Too Phat, At Adau, Teh Tarik Crew, Ruff Edge, V.E, Nico G, 4U2C dan KRU.

A MOVEment juga percaya bahawa seni yang di bawa oleh mereka adalah senjata kepada perubahan. Mereka menggunakan muzik sebagai medium untuk menyampaikan kesedaran, protes, dan refleksi sosial. Tema-Tema kepada karya mereka juga adalah meliputi tentang sistem yang korup, identiti dan perjuangan dalaman, kehancuran budaya, pencerahan melalui seni dan spiritualiti dan mencipta gelombang.

Setiap invividu di dalam A MOVEment juga telah banyak melakukan persembahan di sekitar Sarawak dan berkolaberasi bersama beberapa artis tempatan. A MOVEment juga terbuka untuk apa-apa projek kolaberasi dengan visual artist, pemuisi, filemmaker dan komuniti NGO dan untuk misi jangka panjang mereka, adalah untuk menubuhkan ruang seni bebas dan studio kolektif bagi mengembangkan bakat di akar umbi. Ini adalah komitment A MOVEment sebagai menggunakan seni untuk platform kesedaran sosial dan pembinaan identiti.

Jangan lupa untuk tonton muzik video terbaru daripada kolektif Rappers-Rappers di Sarawak iaitu “Sar A Wak Vol.2“. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release, Uncategorized

MC Wayne, Knowno & Fazz One D Rilis Lirik Video, ‘SAR-A-WAK (VOL.1)’

Duo Rapper yang sudah berjuang lama di dalam scene Hip-Hop Sarawak iaitu Knowno dan MC Wayne telah berkolaberasi meriliskan single berjudul ‘SAR-A-WAK‘ dan lirik video untuk lagu tersebut boleh didapati di platform youtube. Lagu ini turut memaparkan seorang lagi rapper yang mempunyai lirik dan flow unik iaitu Fazz One D.

Sedikit info mengenai MC Wayne, beliau merupakan salah seorang daripada ahli kolektif Hip-Hop yang telah lama wujud di Sarawak iaitu The Family Man dan mereka popular dikalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan melalui lagu-lagu seperti Tok Bok Nya, Distrix Tigabelas dan S Kuasa 3, manakala Knowno merupakan lagenda di kalangan scene Hip-Hop Sarawak dengan lagu-lagu seperti Nospen, Matahari, Kisah Cinta Liya dan pelbagai lagi.

Menurut MC Wayne, beliau dengan Knowno pernah berhasrat hendak merakam lagu bersama sejak dari 2007 lagi, namun pada ketika itu mereka hanya berhubung menggunakan SMS dan tidak pernah bersemuka. Mereka juga pernah bersaing antara satu sama lain di dalam scene Hip-Hop Sarawak dan pada tahun 2023, ketika bermain show bersama di Bintulu, Sarawak, itulah merupakan kali bertama MC Wayne dan Knowno berjumpa. Pada saat itu juga lah bermula niat bersama-sama untuk membuat single bersama iaitu ‘Sar-A-Wak‘.

Lagu ‘Sar-A-Wak‘ ini diciptakan dan di arrange oleh beatmaker JRZ dan menurut MC Wayne, ini baru sahaja Vol.1 dan dalam masa terdekat mereka akan meriliskan Vol.2 yang akan menampilkan beberapa rapper-rapper lain yang ada di seluruh Sarawak. Menurut MC Wayne, “Jika ada single Vol.1 muncul, akan ada Vol.2. Untuk Vol.2 sudah siap dirakam menampil­kan rapper yang ada di seluruh Sarawak. Rakaman untuk lagu ini tidaklah mengambil masa yang lama disebabkan masing-masing berpengalaman dalam dunia rakaman. Rakaman me-ngambil masa selama sehari di Studio JRZ tetapi mixing dan mastering mengambil masa seminggu.”

Tambah MC Wayne lagi, “Single ini pasti memberi semangat kepada anak Sarawak yang berada di luar negara disebabkan liriknya menampilkan loghat Sarawak. Saya berharap lagu ini diterima oleh orang Sarawak dan menjadi pengajaran kepada golongan belia. Pesanan saya jagalah adab kita sebagai orang Sarawak.”