Gig/Concert/Tour/

Lady Luck Kembali Untuk Malam Muzik & Tarian Bagi Meraikan Dj-Dj Wanita

Sebuah Rave bakal berlangsung di ruang acara LEK., dan acara ini akan menampilkan Dj-Dj wanita. Bagi meraikan wanita di dalam scene Dj di Kuching, acara Lady Luck 2 ini akan berlangsung pada 12 Disember 2025 (Jumaat), bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Dengan menampilkan beberapa Dj wanita di dalam scene Dj underground di Kuching, acara ini berkomitment untuk mengangkat bakat-bakat wanita di dalam scene muzik elektronik di Sarawak.

Dora

Berikutan kejayaan edisi pertama Lady Luck, edisi ke-2 ini akan meneruskan misinya di dalam mempromosi dan mengangkat wanita di dalam bidang Dj. Antara Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian di LEK. nanti adalah Dora, Kara Elle, Intan, dan Miamor.

Kara Elle

Lady Luck 2 menjanjikan pilihan muzik dari pelbagai genre, dari House, Baile Funk, Trap, Techno dan macam-macam lagi. Para penganjur menggalakkan orang ramai untuk datang dan berekspresif di lantai tarian. Tiket kemasukan adalah hanya RM12 untuk para wanita dan RM30 untuk para lelaki.

Tujuan Lady Luck di anjurkan adalah untuk mewakili gerakan di dalam memperkasakan dan menguatkan golongan wanita di dalam ekosistem kreatif sambil membentuk komuniti dan landskap muzik elektronik bagi wanita di scene underground Dj di Kuching.