Minggu lepas kami ada release artikel tentang Dirgahayu dalam entri berjudul “Dirgahayu Takkan Layu“. Minggu ini pula, lagi cerita tentang Dirgahayu. Tapi kali ini berbeza dari minggu lepas. Minggu lepas dunia muzik bebas di kejutkan dengan berita bahawa Zulhezan telah meninggalkan Dirgahayu dan segala show yang telah di jadualkan untuk Dirgahayu bermain terpaksa di batalkan. Tapi jangan bimbang, mereka bukan berpecah.Continue reading
Itu lah yang tertara dekat post Facebook Official band Dirgahayu. Sebuah band berasal dari Kuala Lumpur yang membawa muzik ala Math Rock. Atau pun Post-Rock. Ataupun Experimental. Kita pun tak pasti. Menurut page Dirgahayu di ruangan about, terpulang lah kepada pendengar bagaimana mereka hendak label genre yang di mainkan oleh mereka. Sebab meraka bermain muzik sebab mereka suka akan muzik dan suka akan sound-sound yang tertentu.
Baru-baru ini, di posting terkini Dirgahayu, mereka telah mengumumkan bahawa Zulhezan(Drums/Guitar), telah menarik diri dari Dirghayu untuk komit dengan kerjaya beliau. Ini juga bemaksud, Dirgahayu tidak akan bermain untuk show mereka yang seterusnya di Kuching/Sarawak bertempat di Borneo 744. NOOOOO! Ramai peminat Dirgahayu di Sarawak sudah tidak sabar nak melihat Dirgahayu beraksi kembali di pulau Borneo selepas melihat mereka live di Rocktoberfest Borneo di Miri. Waktu itu juga lah mereka telah mula mendapat ramai peminat-peminat baru yang telah jatuh cinta dengan keunikan muzik yang di bawa oleh Dirgahayu. Status Dirgahayu sekarang pun kita masih tidak pasti. Mungkin mereka on hiatus? Ataupun mungkin Dirgahayu sudah officially tak ada?(NOOOOOO!!) Let’s hope for the best.
Sebab sayang sekali andai kata kalau diorang sudah tak ada. Sebab Dirgahayu merupakan salah sebuah band tempatan yang agak power dan kita perlukan band seperti Dirgahayu untuk terus mewarnai industri muzik kita. Walaupun diorang tak lah sebesar seperti Bunkface ataupun Hujan. Akan tetapi, kehadiran mereka sahaja sudah cukup untuk memberi pesanan kepada industri muzik Malaysia bahawa, kita ada banyak band tempatan yang power. Jangan lupa dan jangan endahkan bakat-bakat muzik yang ada di Malaysia!
Setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak penganjur akan siapa yang akan mengganti tempat Dirgahayu pada 20 Januari 2018 nanti. Sama-sama kita nantikan dekat page event Wildhorse Presents Noise of Borneountuk pengumuman yang selanjutnya. Kepada siapa-siapa yang masih belum mendapat tiket pada 20 Januari 2018 nanti, boleh lah dapatkan nya di ;
Sanjuro cafe jalan padungan
Sameng(clokwise)+60 14-696 2600 bandarbaru
Syukri kpg lintang +60 11 3334 0704
Akmal itb kpg tanjung +60 12 849 5407
Alvin human energy Batu 3 jalan keretapi +60 12 895 0506