Tag

seksitito

New Release

Penyanyi R&B Kacukan Malaysia Filipina Seksitito Rilis Visualizer Lirik Video ‘Gelisah’

Penyanyi R&B kacukan Malaysia dan Filipina iaitu Seksitito yang mula menempa nama di dalam scene R&B lokal telah meriliskan sebuah visualizer lirik video untuk single terbaru beliau iaitu ‘Gelisah‘. Muzik video visualizer ini yang boleh di tonton di platform YouTube dan di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada.

Lagu ini mengisahkan tentang konflik dalaman seseorang yang terpaksa berpura-pura menjadi orang lain walaupun perasaan dalaman sebenarnya berasa sangat ‘Gelisah‘ dengan perasaan rindu di larut malam yang turut di sertai dengan ego. Lagu ini merupakan salah satu usaha Seksitito di dalam memperjuangkan muzik berirama R&B di Malaysia. Selain itu, ini juga merupakan usaha Seksitito di dalam merapatkan jurang budaya di dalam muzik antara Malaysia dan Filipina.

Di terbitkan oleh MFMF Music, lagu ‘Gelisah‘ ini di tulis sendiri oleh Seksitito bersama dengan Asyraf Hardy dan Azarel Kislon. Manakala komposisi lagu ini di buat oleh Ezra Alfandy.

Semua orang membawa kebenaran versi mereka sendiri dan lagu ini bukan sekadar lagu. Ia adalah emosi yang dikongsi bersama’ – kata Seksitito mengenai lagu ini melalui hebahan akhbar yang dihantar.

Seksitito merupakan penyanyi R&B yang berasal dari Sarawak dan mempunyai kacukan Filipina. Pengaruh muzik beliau adalah dari penyanyi ikonik R&B antarabangsa seperti Usher, Chris Brown, Jamie Foxx, Luther Vandross, Musiq Soulchild dan banyak lagi. ‘Ini merupakan bab pertama saya di dalam membina sesuatu yang boleh menghubungkan hati dari Borneo hingga ke Filipina.’ Tambah beliau lagi.

Jangan lupa untuk dengar Seksitito ‘Gelisah‘ di platform YouTube dan di setiap streaming platform. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release

Memperkasakan Semula R&B dan Budaya Malaysia & Filipina Bersama Seksitito

Penyanyi R&B Malaysia/Filipino Seksitito telah mengeluarkan debut single muzik video beliau iaitu ‘Ikaw Ang Mahal Ko‘ yang bermaksud Engkaulah Cinta Ku. Lagu ini juga merupakan lagu rasmi untuk sebuah telemovie ‘Kahwin Kontrak‘ yang di tayangkan di stesen television TVS dan juga channel YouTube TVS. Telemovie Kahwin Kontrak ini adalah hasil arahan DeeDee A’iene.

Telemovie ini juga adalah merupakan platform untuk Seksitito untuk memperkenalkan muzik beliau kepada penonton-penonton dan pendengar-pendengar di Malaysia dan Filipina. Apa yang menariknya tentang lagu ini juga adalah ia menggabungkan pelbagai bahasa iaitu bahasa English, bahasa Malaysia, dan bahasa Tagalog. Dengan lagu ini Seksitito berharap ia akan dapat menempa nama untuk dirinya di dalam industri muzik Malaysia dan Filipina dengan menampilkan melodi suara serta lirik yang bermakna untuk setiap sasaran pendengar.

Lagu ini di tulis oleh Sesikito sendiri dengan Valerie Versace. Komposisi dan susunan lagu pula dilakukan oleh Farouk dari AOK Records. Dengan lagu ini, Seksitito berharap ia akan dapat merapatkan jurang budaya dan mempromosi muzik R&B di kalangan khalayak Malaysia dan Filipina. Untuk muzik video lagu ini pula ia dihasilkan oleh Danish Busmah dari The 21Ways. Checkout muzik video Seksitito di channel YouTube Francis Five Production dan jangan lupa like, subscribe dan share!