Carya Pertiwi, sebuah projek dari Carya Motion Pictures telah meriliskan muzik video medley yang menggabungkan beberapa buah lagu ikonik seperti ‘Malaysia Oh Tanah Airku, Bahtera Merdeka, Sejahtera Malaysia, Warisan dan Standing in the Eyes of the World’.

Projek yang di buat sempena meyambut hari kemerdekaan Malaysia ini menggabungkan beberapa artis lokal dari latar belakang muzik yang berbeza. Mereka adalah Sang Rawi, Steff Fleur dan Mous Thofa. Gabungan pemuzik dari latar belakang berbeza untuk satu projek ini merupakan pendekatan dalam mempersembahkan kepelbagaian dan cinta terhadap negara melalui kombinasi medley lagu-lagu patriotik. Continue Reading