Seronok, Kreatif dan Bergembira di TinyFest, Sebuah Aktiviti Kekeluargaan Untuk Ibu Bapa Bersama si Kecil
Sebuah acara kekeluargaan iaitu ‘Tiny Fest‘ yang berkonsep dan bertemakan mini-rave untuk kanak-kanak akan berlangsung di Tropics City pada 28-29 March 2026 (Sabtu & Ahad). Bertemakan ‘Rumble In The Jungle‘, untuk edisi pertama ini, acara ini direka sebagai sebuah festival bersama keluarga dan kanak-kanak adalah menjadi fokus utama. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan terdapat di acara ini seperti permainan kreatif, bengkel interektif, dan sudah semestinya muzik.
Apa yang menariknya mengenai acara ini, kita biasanya akan mengaitkan Rave sebagai sebuah acara muzik dan menari untuk orang dewasa. Tetapi berlainan sikit untuk ‘Tiny Fest‘, kerana acara ini fokus nya adalah bukan sahaja untuk tujuan hiburan, tetapi ia merupakan sebuah aktiviti kekeluargaan untuk ibu-bapa bersama anak-anak kecil mereka untuk apa-apa perkara berkaitan kreatif. Sangat berbeza jika di bandingkan dengan acara muzik, kreatif dan hiburan yang lain, acara ini akan memberikan ruang kepada anak-anak kecil untuk menerokai dan mengekspresi diri mereka. Para ibu-bapa juga akan bersama membuat pelbagai aktiviti dengan anak-anak mereka untuk berkongsi dan merasai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ibu-bapa dan anak-anak.
Antara aktivi-aktiviti menarik yang akan di adakan pada acara ini adalah Baby Rave; sebuah mini-rave yang mesra kanak-kanak, Pure Day Play Gone; sebuah aktiviti kreatif bersama ibu-bapa dengan anak-anak, Tiny Talk; sesi khas buat ibu-bapa yang akan menampilkan pakar kesihatan mental bagi membincangkan apa-apa perkara berkaitan kesihatan mental untuk ibu-bapa, Live Orchestra, sebuah persembahan orkestra, Skateboard Workshop;(penyertaan adalah terhad), sebuah bengkel skateboard yang mesra kanak-kanak, Tayangan Khas Filem Animasi Pendek; memaparkan beberapa filem animasi pendek daripada studio-studio animasi dari Sarawak. Bouncy Castle, bengkel daripada WOW Studio(Pay-To-Play), dan semestinya beberapa vendor makananan yang sesuai dan sedap untuk untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Tiket untuk ke Tiny Fest ini dijual dengan harga RM35 untuk Early Explorers(early bird) dan RM50 untuk Gate Pass(pembelian di hadpan pintu). Ibu-bapa yang membawa anak-anak hanya perlu membayar tiket untuk anak-anak, manakala kemasukan untuk ibu bapa adalah percuma. Penempahan tiket boleh didapatkan di link ini:
