NWHR Mempersembahkan Pop-up Party Berirama House, Techno, EBM, Dark Disco, di Velvet Restaurant and Bar
NWHR, sebuah kolektif muzik elektronik yang sering mengadakan gig pop-up party di sekitar bandar raya Kuching akan mengadakan sebuah gig elektronik yang bertemakan House, Techno, EBM, Dark Disco, pada 9 March 2024 (Sabtu). Acara tersebut akan diadakan di Velvet Restaurant and Bar bermula jam 9pm – 3am! Dj-dj yang akan membuat persembahan pula adalah Brainer, Kretek dari Kuching dan Dj Muto dari Kobe, Jepun.
Acara-acara yang dianjurkan oleh NWHR bertujuan untuk merevolusikan kehidupan malam di Kuching dengan mengadakan pelbagai acara elektronik yang memainkan pelbagai genre elektronik yang ada mengikut tema yang bebeza untuk setiap gig. Ini adalah kerana kebiasaannya pada setiap minggu di kelab-kelab malam di Kuching, kelab-kelab mainstream yang ada, sentiasa memainkan muzik yang sama dengan lenggok yang sama tanpa variasi dan kelainan. NWHR mensasarkan untuk mengubah kebiasaan itu dengan menyediakan alternatif kepada mereka yang menginginkan kelainan dalam mengisi sosial kehidupan malam mereka di hujung minggu.
Sedikit info mengenai Muto, beliau berasal dari Kobe, Jepun dan telah menetap di Singapura untuk beberapa tahun. Beliau merupakan regular dj untuk Headquarters dan juga merupakan resident DJ di sebuah kolektif muzik lokal di Singapura iaitu Ice Cream Sundays. Mereka sering mengadakan beberapa siri pop-up parties di sekitar pulau Singapura. Jenis-jenis dan genre-genre muzik yang sering diputarkann oleh Muto di setiap set beliau adalah yang ber-irama House, Electronic Body Music(EBM), Dark-Disco, Slo-mo Disco, dan beberapa bunyi-bunyian yang pelik yang wujud di dalam spektrum muzik elektronik.
Pada tahun 2021, Muto telah meriliskan debut EP beliau yang berjudul ‘Ishi‘ dibawah label Indonesia iaitu Dekadenz. EP kedua beliau pula adalah ‘Maniac Noise‘ juga dibawah label Indonesia iaitu Akamady Records. Untuk rilisan terbaru Muto pula adalah berjudul, ‘Mirare‘ yang telah diriliskan dibawah label Dekadenz pada tahun 2023 dan boleh didapati bukan sahaja dalam bentuk digital, tapi dalam bentuk kaset juga. Beliau juga pernah menyertai 2 kompilasi bersama label Whypeopledance dari Lithuania dan juga FuFu Records dari Hong Kong pada 2022.
Sekiranya anda ingin mendengar live set oleh Muto, kalian boleh lawat Soundclound beliau. Untuk mendapatkan tiket, boleh lah lawat laman Instagram NWHR dan DM mereka untuk menempah tiket anda. Tiket boleh didapati pada harga RM30 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu.