Tag

xeno entertainment

New Release

Baby Shima Semarakkan Hari Gawai dengan Single/MV “Maya Hari Gawai”

Penyanyi irama Dangdut sensasi Malaysia iaitu Baby Shima telah meriliskan muzik video(MV) terbaru beliau iaitu “Maya Hari Gawai” yang boleh di tonton di platform YouTube dan semua platform streaming muzik yang ada. Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh producer dan artis Hairee Francis bersempena dengan perayaan Hari Gawai yang akan di sambut oleh setiap warga Dayak Sarawak pada 1 June 2025 nanti. Lagu ini di riliskan di bawah syarikat label XIBO Entertainment.

Lagu “Maya Hari Gawai” ini adalah tentang kepulangan anak perantau, penghargaan kepada adat, serta kegembiraan menyambut Gawai bersama keluarga dan komuniti. Genre lagu ini pula adalah berirama Pop-Etno. Dengan menggabungkan irama moden dengan unsur-unsur muzik tradisional Dayak, agar ia menjadi lebih autentik dan sarat dengan akar budaya tempatan. Lagu ini juga mengangkat simbolik Ngirup ai pengayu(minum air kehidupan), dan menyeru untuk mengekalkan ikatan kekeluargaan dan meraikan adat warisan yang menyatukan.

Saya mahu lagu ini menjadi jambatan antara generasi dan mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang semakin moden, warisan dan akar budaya tetap menjadi nadi yang menghidupkan kita.” ujar Baby Shima.

Dengan menampilkan visual memukau di Sarawak, termasuklah rumah panjang, busana tradisional Iban, tarian ngajat serta kehangatan sambutan Hari Gawai bersama komuniti tempatan. Di dalam muzik video ini yang juga merupakan hasil daripada ciptaan produksi Spektrum Cahaya, kita dapat melihat bagaimana Baby Shima juga turut menyertai ritual dan aktiviti masyarakat, dengan menggambarkan rasa hormat dan keterbukaannya menyelami budaya setempat.

Tambah Baby Shima lagi, “Ini bukan sekadar lagu. Ini hadiah hati saya buat rakyat Sarawak. Gayu Guru Gerai Nyamai.”

Tonton muzik video terbaru daripada Baby Shima di YouTube dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release, News

Sentuhan Baru ‘Berkikis Bulu Betis’ Oleh Kumpulan Duo KMJX

Pasti ramai terutamanya untuk warga-warga negeri Sarawak sudah biasa mendengar lagu yang berjudul ‘Berkikis Bulu Betis‘ yang di nyanyikan oleh penyanyi legenda Sarawak iaitu Andrewson Ngalai. Lagu ini juga telah beberapa kali di-olah semula oleh peminat beliau dan terdapat pelbagai jenis cover dan versi yang boleh di dapati di YouTube. Baru-baru ini juga, pasti ramai sudah melihat rendisi terbaru untuk lagu ini oleh sebuah kumpulan duo yang memulakan debut mereka dengan sebuah olahan semula untuk lagu ‘Berkikis Bulu Betis‘ dan kumpulan duo tersebut adalah KMJX(ku-man-jax).

Sedikit info mengenai KMJX, mereka merupakan sebuah kumpulan yang berada di bawah naungan XIBO Entertainment, sebuah syarikat agensi hiburan yang juga merupakan subsidari kepada XENO Entertainment. Ahli-ahli KMJX pula adalah terdiri daripada Lanny Ho dan Mag Johari. Kedua-dua mereka adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan dan dunia influencer lokal di Sarawak. Menurut kenyataan akhbar dari XIBO, mereka telah bersedia untuk mengolah semula landskap muzik Sarawak dengan gaya mereka yang tersendiri, iaitu dengan menggabungkan bunyi-bunyian dan pengaruh-pengaruh traditional dan kontemporari agar ia dapat dinikmati dan di hayati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.

Menurut JayC yang juga merupakan pengurus kepada KMJX, ‘Kami di XIBO percaya bahawa mereka(KMJX), mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu meninggalkan impak yang besar bukan sahaja di dalam industri muzik, tetapi juga dalam mempromosi pemahaman dan appresiasi berbilang budaya kepada setiap lapisan masyarakat.

Menurut hebahan akhbar oleh XIBO juga, debut single olahan baru ‘Berkikis Bulu Betis‘ oleh KMJX ini telah mendapat kebenaran daripada penyanyi asal Andrewson Ngalai untuk di bagi nafas baharu. Olahan baru muzik ini adalah di buat oleh Hairee Francis dan muzik video ini pula adalah di buat oleh 21 Ways. Check out, debut KMJX Berkikis Bulu Betis‘ yang di bagi nafas baru dari segi muzik dan muzik video.