Yung Kai sekali lagi rilis MV terbaru beliau berjudul 或许 yang bermaksud Mungkin. Sebelum ini, beliau ada rilis MV juga, featuring beliau dengan Jaake berjudul Cocaine.

或许(Mungkin) merupakan single representatif dari EP Yung Kai yang akan datang yang berjudul “Tender Trap”. Lagu ini merupakan lagu yang menggabungkan beberapa elemen muzik dengan bunyi 808 yang diiringi dengan alunan gitar rock. Boleh di katakan ini merupakan genre hip-hop alternatif baru, sebuah genre yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik hip-hop sekarang.

Pasukan produksi yang membuat muzik video Yung Kai ini adalah Rocketmob. Lirik dan komposer adalah dari Yung Kai sendiri, muzik di rekod di AOK Records studio dan di riliskan oleh label Ban Huat Sdn Bhd.

Muzik video Yung Kai kali ini berbeza dengan yang sebelumnya kerana kombinasi visual dan gaya alternatif dalam muzik video ini menjadikan Yung Kai lebih menyerlah. Model-model yang ada di dalam muzik video tersebut adalah, Panghei, Angelina Chai & Keesha.

Check out Muzik video tersebut dan jangan lupa share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *