Makanan, Muzik dan Santai pada Acara ‘Drip & Drop’ di Tables & Tales Food Hall
Sebuah pop-up parti bernama ‘Drip & Drop‘ yang bertemakan muzik, makanan, dan kofi bakal berlangsung di Tables & Tales Food Hall pada 27 Julai 2025(Ahad), bermula dari jam 2.00pm sampai habis. Pop-up parti ini dianjurkan dengan kerjasama bersama antara AOK Records dan Sonic Syndicate. Antara Dj-Dj yang akan memutarkan muzik pada hari kejadian adalah Dan Idan, Rocatz dan Rezza.
Drip & Drop ini merupakan acara pertama anjuran AOK Records dan kolektif Dj Sonic Syndicate yang bertemakan suasana santai di sekeliling cafe dan di temani dj-dj yang akan memutarkan muzik elektronik dalam aliran Futurebeats, Deep House, Disco & Funk dan Afrobeats.
“Sebagai sebahagian daripada orang yang berada di komuniti ini, kami ingin mencipta suatu siri yang boleh dibuat di waktu siang di mana orang ramai boleh berkumpul dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dan juga menerokai muzik baharu sambil memperluaskan spektrum genre yang lebih luas dengan menawarkan alternatif baharu dalam berparti selain daripada perkara biasa di dalam suasana gelap.” – kata Hazim Shahidan yang juga merupakan co-organizer untuk acara ini dan dikenali sebagai Dan Idan dan juga merupakan co-founder untuk Sonic Syndicate juga.
Menurut Farouk Kamil dari AOK Records, yang juga co-organizer untuk acara ini bersama Hazim Shahidan, “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif, meluaskan demografi serta menyebarkan kesedaran tentang budaya muzik tarian sambil menghapuskan stigma yang menyelubungi tentang budaya muzik tarian.“
Acara Drip & Drop ini adalah di buka untuk kehadiran orang ramai, kemasukan adalah percuma, anda hanya perlu beli air dan makanan di venue tersebut. Setiap Dj set akan di rekod dan di letak online di platform youtube. Kepada mereka yang ingin lepak, sambil mengopi, makan dan layan muzik bersama rakan-rakan dan keluarga, ayuh datang ke Tables & Tales Food Hall dan isi hujung minggu anda dengan makanan yang sedap dan muzik yang berkualiti.