RukView React bersama host JayC & Mousthofa kali ini memaparkan mereka react kepada lagu 한량 bermaksud ‘Hanryang‘ daripada Universe Cowards feat BiBi. Hanyryang merupakan slang dalam bahasa Korea Selatan yang membawa maksud seseorang yang tiada pekerjaan tetapi membelanjakan wang sewenang-wenangnya dan mengamalkan hidup ala hedonistic. (sumber).

Sumber: Google Image

Min Kyung Hoon, merupakan ahli kumpulan sebuah band Rock dari Korea Selatan yang bernama Buzz. Beliau juga sering muncul dalam rancangan Korea seperti Knowing Bros dan Problem Child in House.

Sumber: Google Image

Kim Hee Chul pula bagi peminat Kpop awal 2000’s sudah tentu mengenali beliau dari kumpulan Super Junior manakala BiBi pula adalah penyanyi yang di jumpai oleh lagenda hip-hop wanita Yoon Mirae di Soundcloud.

Sedikit info tentang muzik video ini, ia di produce di kawasan perkampungan di Korea agar ia kelihatan seperti di era dynasty Joseon. Para artists pula menggunakan pakaian traditional Korea yang di modenkan agar ia kelihatan sealiran dengan zaman. Lagu ini pula di produce oleh DinDin

Sumber: Google Image

Checkout video RukView React di bawah ;

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada Amirah Basuandi kerana rekomen kami untuk membuat reaksi kepada lagu ini dan membuat listing nota yang memudahkan pihak kami untuk membuat rujukan. TERIMA KASIH AMIRAH!

Video apa lagi bagi anda yang kami patut buat reaksi? Sila komen di bawah. Tak kisah la muzik, film, skits dan apa-apa lah. Video yang terpilih akan dimasukkan kedalam sesi RukView React kami yang seterusnya. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share channel kami kerana kami masih ada beberapa konten yang akan di lepaskan. Lesgo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *