Tag

RukView

Featured, Reaksi, RukView

RukView Reacts: Sekumpulan Orang Gila feat Tim Lambesis (As I Lay Dying), ‘Second Voyage’!

Gila. Itulah yang dapat digambarkan setelah mendengar rilisan terbaru daripada sebuah band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor ini. Mereka dikenali sebagai Sekumpulan Orang Gila (SOG). Baru-baru ini mereka telah meriliskan sebuah lirik video dari single terbaru mereka ‘Second Voyage‘ featuring Tim Lambesis yang juga merupakan penyanyi kepada sebuah band Metalcore lagenda As I lay Dying. Double the gila!

Episod RukView kali ini bersama dengan JayC dan Mousthofa membuat reaksi kepada lagu baru daripada SOG. Sebelum ini kami pernah membuat reaksi untuk lagu SOG ‘Sailors of Sorrow’.

Lagu ini dikarang oleh dua-beradik Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah. Lirik lagu ini di tulis oleh Shahril Redzwan, di produce oleh Bert Poncet iaitu vokalis kepada band Chunk!, No, Captain Chunk!. Mix dan mastering lagu ini dilakukan di Alias Studio di Paris, Perancis dan direkod di SOG Production Studio.

Check out episod RukView kami kali ini bersama JayC dan Mousthofa untuk lirik video SOG feat Tim Lambesis (As I Lay Dying). Jangan lupa like, subscribe dan share!

Reaksi, RukView

RukView Reacts! Dolla – Berani (MV)

Series RukView React bersama JayC & Mousthofa kali ini, mereka melakukan reaksi kepada muzik video kumpulan Pop Malaysia, Dolla – Berani.

Dolla merupakan kumpulan muzik pop dari Malaysia yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dibawah naungan Universal Music Malaysia. Kumpulan Dolla ditubuhkan pada tahun 2019 dan debut pertama Dolla adalah lagu ‘Make You Wanna‘.

Walaupun masih baru di dalam industri muzik tempatan, tetapi Dolla telah dipilih untuk berkolaberasi dengan beberapa penyanyi ternama sekitar Asia Tenggara melalui lagu ‘Heal‘ terbitan Star Music yang juga merupakan subsidiari ABS-CBN Corporation, iaitu syarikat konglomerat media terbesar di Filipina. Mereka juga merupakan antara 17 penyanyi dibawah naungan Universal Muzik yang berkolaberasi untuk merakamkan lagu #jangankeluar dari Yonnyboii bersempena dengan dunia mula-mula dilanda Covid-19 pada tahun 2020.

Selain dari Malaysia, Dolla juga mendapat liputan meluas daripada beberapa media sekitar asia dan baru-baru ini Dolla telah dipaparkan di papan iklan digital tersohor dunia di Times Square, New York di Amerika Syarikat. Ini menjadikan Dolla adalah artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipaparkan di papan iklan digital tersebut.

Penampilan Dolla di papan iklan digital tersohor itu merupakan sebahagian daripada kempen EQUAL oleh Spotify. Kempen EQUAL ini merupakan kempen yang menjalin kesamaan wanita melalui muzik dan memperjuangkan keadilan dan hak wanita dengan memaparkan artis wanita dari seluruh dunia. – Berita Harian

Check out apa kah reaksi JayC dan Mousthofa untuk MV Dolla – ‘Berani’. Janga lupa like, subscribe dan share!

Sekiranya anda ada apa-apa cadangan untuk reaksi seterusnya ataupun konten, sila komen di beberapa platform media sosial kami di ;

Facebook

Instagram

Twitter

Discord

Reaksi, RukView

RukView reacts Bersama dengan JayC, Thoruss & Azrul Ariff

RukView kembali lagi, kali ini JayC bersama dengan Thoruss dan Azrul Ariff membuat reaksi kepada trailer untuk filem arahan Matt Reeves iaitu Batman, lakonan Robert Pattinson.

Filem ini yang di jadualkan untuk ditayangkan ke pawagam pada 25 June lepas telah di anjak ke 1 October dan akibat beberapa masalah telah di anjakkan lagi ke 4 March 2022. Antara masalah yang di hadapi adalah akibat pengembaraan terpaksa dihentikan akibat dunia dilanda pandemic Covid-19 dan pelakon utama Robert Pattinson juga dilaporkan menghidap Covid-19. Hal ini memaksa pengembaraan dan jadual asal tayangan telah beberapa kali di anjak ke tarikh yang baru.

Harap-harap lepas ini tarikh ni takkan dianjak lagi. Tak sabar dah nak tengok filem Batman vision Mat Reeves pulak. Adakah filem Batman kali ini di luar Snyderverse ataupun filem Batman ini di universe yang baru. Sama-sama kita nantikan.

Checkout apa reaksi JayC, Thoruss dan Azrul Ariff untuk video ini. Jangan lupa like, subscribe & share :

Reaksi, RukView

RukView React to, 한량 ‘Hanryang’ by Min Kyung Hoon X Kim Hee Chul feat BiBi (Prod, DinDin)

RukView React bersama host JayC & Mousthofa kali ini memaparkan mereka react kepada lagu 한량 bermaksud ‘Hanryang‘ daripada Universe Cowards feat BiBi. Hanyryang merupakan slang dalam bahasa Korea Selatan yang membawa maksud seseorang yang tiada pekerjaan tetapi membelanjakan wang sewenang-wenangnya dan mengamalkan hidup ala hedonistic. (sumber).

Sumber: Google Image

Min Kyung Hoon, merupakan ahli kumpulan sebuah band Rock dari Korea Selatan yang bernama Buzz. Beliau juga sering muncul dalam rancangan Korea seperti Knowing Bros dan Problem Child in House.

Sumber: Google Image

Kim Hee Chul pula bagi peminat Kpop awal 2000’s sudah tentu mengenali beliau dari kumpulan Super Junior manakala BiBi pula adalah penyanyi yang di jumpai oleh lagenda hip-hop wanita Yoon Mirae di Soundcloud.

Sedikit info tentang muzik video ini, ia di produce di kawasan perkampungan di Korea agar ia kelihatan seperti di era dynasty Joseon. Para artists pula menggunakan pakaian traditional Korea yang di modenkan agar ia kelihatan sealiran dengan zaman. Lagu ini pula di produce oleh DinDin

Sumber: Google Image

Checkout video RukView React di bawah ;

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada Amirah Basuandi kerana rekomen kami untuk membuat reaksi kepada lagu ini dan membuat listing nota yang memudahkan pihak kami untuk membuat rujukan. TERIMA KASIH AMIRAH!

Video apa lagi bagi anda yang kami patut buat reaksi? Sila komen di bawah. Tak kisah la muzik, film, skits dan apa-apa lah. Video yang terpilih akan dimasukkan kedalam sesi RukView React kami yang seterusnya. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share channel kami kerana kami masih ada beberapa konten yang akan di lepaskan. Lesgo!

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi Massacre Conspiracy – ‘Nothing Last Forever’

Episod RukView kali ini bersama dengan host kita JayC dan Mousthofa membuat reaksi untuk lagu terbaru daripada raja metalcore Malaysia, Massacre Conspiracy – ‘Nothing Last Forever’.

Sedikit info tentang Massacre Conspiracy atau lebih mudah di panggil MC16, mereka di tubuhkan pada tahun 2008 dan membawa genre ‘Melodic Metalcore’. Mereka melancarkan demo pertama mereka pada tahun 2009 ‘The Prophecies‘ dan terus meriliskan beberapa EP, ‘Dice With Death‘, ‘Massacre Conspiracy‘ dan ‘Kingslayer‘. Mereka meriliskan album ‘Lost Holocaust‘ pada tahun 2013.

MC16 pernah membuat pembukaan untuk beberapa band besar antarabangsa seperti Carnifex, Eyes Set To Kill, Suicide Silence, The Used, All Time Low, Story of the Year dan As I Lay Dying. Mereka juga pernah dicalonkan dalam Shout Awards 8TV untuk anugerah Breakthrough Artist dan memenangi anugerah tersebut. Perkara yang amat jarang atau tak pernah berlaku dalam industri muzik Malaysia terutamanya untuk band yang bawa muzik metal seperti mereka dan they did it. SALUTE!

Ahli-ahli MC16 trediri daripada Ash(vocalist, Emy Syahmi(drummer), Daniel Eddie(bassist) dan Brandon Gomez(gitar). Checkout, video reaksi RukView untuk lagu ‘Nothing Last Forever’ dari Massacre Conspiracy, di bawah ;

*Sumber info MC16 di ambil dari Wikipedia

Reaksi, RukView

NON METAL VS METALHEAD REACTS TO SOG “SAILORS OF SORROW”

Bersama dengan host JayC dan Mousthofa, episode RukView kali ini membuat reaksi untuk lagu ‘Sailors of Sorrow‘ dari sebuah band post-hardcore/metalcore lokal iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Band ini telah mula bergiat aktif sejak dari tahun 2005 dan merupakan antara band yang masih bergiat aktif di dalam industri muzik tanah air baik underground ataupun mainstream.

Mereka telah meriliskan beberapa material iaitu Civilization Is On Trial(EP) (2013), Bahtera (2014), dan Dermaga (2014). Mereka bakal meriliskan album terbaru mereka tidak lama lagi.

Lagu ini di kompos oleh Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah (Adek). Lirik pula adalah daripada Zainuri Shaharin daripada band Cycryptic. Producer lagu ini pula adalah dari band Chunk! No, Captain Chunk, Bert Poncet, Eric Poncet dan di mix oleh Bastien Lafaye.

Muzik video pula di direct dan produced oleh Nadeem A. Salam dan di support oleh Cultural Economy Development Agency (CENDANA). Check out reaksi JayC dan Mousthofa di bawah!

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi Metal Cover, ‘Mimpi, K-Clique Cover’ Transitions x Rudeen x Servants x Orked

Episod RukView kali bersama dengan host JayC dan Mousthofa reaksi kepada video metal cover untuk lagu K-Clique ‘Mimpi’ .

Video MV cover ini di lakukan oleh Transitions, Rudeen, Servants dan Orked. Check out reaksi video tersebut di bawah ;

Lagu ini di mix dan master oleh Nash Muhandes dan video di rakam dan edit oleh Aiman Aqwa, Andrew Tan dan aperforatedsphere prod.

Reaksi, RukView

rukview : reaksi mv Cik B, ‘Tolonglah’

Episode kali ini RukView akan react kepada video ‘Tolonglah’ dari Cik B bersama dengan host JayC, Mousthofa dan kemunculan istimewa daripada Harun iaitu salah seorang daripada founder RukunTV.

Sumber gambar : Google image

Sedikit info tentang Cik B. Nama sebenar adalah Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tapi lebih di kenali sebagai CIk B, beliau merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik Datuk Seri Vida. Seperti ibu beliau, beliau di minati ramai kerana perwatakan dan gaya hidup yang sempoi. Cik B juga merupakan CEO termuda untuk perniagaan beliau dengan mak beliau di bahagian F&B(Food & Beverages).

Dato Seri Vida(kiri) Cik B(kanan)

Hobby Cik B juga adalah dengar muzik dan menyanyi rap dan beliau telah meriliskan debut single pertama ‘Tolonglah’ di youtube channel Seventeen Eleven Music. Check out reaksi dan pendapat JayC, Mousthofa dan Harun untuk episode RukView kali ini untuk lagi ‘Tolonglah’ dari the one and only, Cik B!

Reaksi, RukView

RUKview : kpop react, “resonance”, dari nct

Untuk episode kali ini, host JayC dan Mousthofa akan react kepada lagu ‘Resonance’ dari sebuah kumpulun kpop iaitu NCT.

Sedikit info tentang NCT, mereka merupakan kumpulan kpop dari Korea Selatan yang di tubuhkan oleh SM Entertainment. Kumpulan NCT terdiri daripada 23 ahli dari lingkungan umur remeja sehingga pertengahan 20an. Kumpulan ini merupakan kumpulan idol pertama dari SM Entertainment setelah 2 tahun sejak Red Velvet.

Check out, reaksi dan pandangan host JayC dan Mousthofa dengan kumpulan kpop yang ada 23 ahli ini.