Sebuah acara yang meraikan pelbagai jenis Pop-Culture akan berlangsung di Kuching pada 19 – 20 October 2024, bertempat di Cityone Megamall, Kuching Sarawak, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam. Acara ini adalah di gelar Kuching Comic-Con (KCC) dan di anjurkan oleh Pickers Zone Co. (PZC) bersempena dengan acara What About Kuching (WAK), yang akan berlangsung di sepanjang bulan October 2024 nanti.

Kuching Comic Con (KCC), merupakan sebuah acara yang di anjurkan di Kuching, Sarawak, Malaysia, untuk meraikan Pop-Culture bagi peminat-peminak komik, wayang, kartun tv retro, permainan video(video game), dan banyak lagi yang sewaktu dengan-nya. Sekiranya anda merupakan peminat atau pengumpul komik seperti DC, Marvel, Dark Horse dan sebagainya. Ataupun anda adalah peminat-peminat filem seperti Star Wars, Star Trek, The Godfather, Clockwork Orange, dan banyak lagi. Ataupun peminat video game seperti Mortal Kombat, Cyberpunk, Street Fighter, Pacman dan pelbagai lagi. Sudah tentunya acara seperti ini adalah satu acara yang tidak patut anda terlepas. Terutamanya jika anda tinggal di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, ini merupakan acara Comic Con pertama yang akan di adakan di Kuching Sarawak. Walaupun sebelum ini pernah ada pelbagai acara seperti ini pernah dilakukan, seperti convention anime, cosplay dan sewaktu dengannya, tetapi kebanyakannya adalah banya fokus ke arah Pop-Culture Jepun. Untuk Comic Con ini pulah, tumpuannya adalah lebih kepada arah Pop-Culture dari bahagian barat pula.

Berbeza dari acara Cosplay di mana fokusnya adalah lebih kepada budaya animasi(anime) dan komik(manga) dari Jepun, Comic-Con pula fokusnya adalah lebih kepada budaya popular yang berasal dari negara-negara Barat teruatamanya dari Amerika Syarikat. Walaupun demikian, di sebabkan penggunaan internet yang semakin meluas dan masyarakat semakin banyak menyerap budaya dan sub-budaya dari internet yang datang dari pelbagai pelosok dunia, acara Comic-Con juga mula ada menggabungkan dan meraikan juga budaya popular dari negara-negara lain dan ini termasuk-lah budaya Cosplay dan Anime dari Jepun. Ini adalah kerana Comic-Con merupakan platform bagi meraikan budaya-budaya popular yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Adam John – BTS untuk sebuah filem arahan Aziz M Osman yang akan datang

Menurut Musrifin yang juga merupakan founder untuk Kuching Pickers, acara berskala sebegini untuk Comic-Con belum pernah di adakan di Kuching. Kalau ada pun ia di anjurkan di kalangan ahli-ahli sesebuah kelab seperti peminat Star Wars akan berkumpul dan bercakap tentang Star Wars sebagai contoh. Berlainan pula untuk acara-acara Anime, kerana acara anime sering berlaku secara besar-besaran seperti Otakyun dan AnimeXcess. Oleh itu Mus merasakan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seperti ini dan walaupun fokus Comic-Con adalah untuk budaya popular dari Barat, tetapi ianya tidak lupa juga dengan budaya-budaya popular yang datang dari kawasan-kawasan lain. Ini adalah kerana Comic-Con adalah platform bagi menyambut segala bentuk jenis media dan budaya popular dari semua kawasan dan peringkat.

Antara pempamer yang akan menyertai acara ini nanti adalah Sarawak Tokusatsu Club, dan Kuching Gunpla Builders. Kedua-dua mereka merupakan kumpulan pempamer yang berkait rapat dengan media dari Jepun dan masing-masing tertumpu kepada siri adiwira Jepun dan model plastik robot dari siri Gundam. Menurut Musrifin juga, “Dari segi rancangan untuk masa depan, saya berniat menjadikan KCC sebuah acara tahunan, dan untuk menjadikannya konvensyen yang dikenali di rantau Asia Tenggara dalam masa 5 ke 10 tahun. Selain itu, saya turut berancang untuk membawa masuk artis-artis terkemuka Malaysia seperti Dato’ Lat, pelukis komik Kampung Boy, serta studio animasi seperti Les Copaque, yang menghasilkan siri animasi Upin Ipin pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga berniat mahu membawa masuk para pelakon dari rantau Asia Tenggara yang telah terlibat dalam filem-filem antarabangsa juga pada masa akan datang.

Bagi pengetahuan orang ramai, KCC adalah dilakukan sepenuhnya dengan pembiayaan sendiri oleh Musrifin dan dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Keris Sakti, Kenbest, CityONE Megamall dan PancaIndera untuk memperoleh bahan bercetak, kawasan acara, sistem suara dan skrin pentas utama. Di samping itu, terdapat beberapa organisasi-organisasi lain juga yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan acara ini. Antara nya adalah pihak What About Kuching (WAK), VM Creative Consultants, TVS dan RukunTV. Selain itu, Sarawak Society for the Deaf juga turut bekerjasama untuk menjayakan acara ini. “Ini merupakan peluang yang baik bagi mengetengahkan bakat-bakat yang terdapat dalam komuniti pekak di Sarawak pada acara ini.” – Tambah Musrifin lagi.

Menurut Musrifin juga, beliau berharap agak KCC, dapat dijadikan medan terbuka buat penggemar hobi, para pengumpul dan peminat budaya popular untuk berhubung dan berkongsi minat yang sama bersama semua orang, tanpa mengira latar belakang masing-masing. KCC juga akan menjadi platform bagi para artis dan perniagaan kecil-kecilan tempatan yang berkaitan serta mempromosikan bakat-bakat baru di dalam ruangan ini agar komuniti hobi ini akan terus berkembang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *