Pada hujung minggu 15, 16 dan 17 November 2024 akan berlaku 3 acara rave di 3 tempat berbeza yang di anjurkan oleh Stovelab dan VIBIN’ by Lek.. Stovelab merupakan kolektif muzik elektronik dari Kuala Lumpur(KL) dan mereka sering menganjurkan pelbagai jenis acara elektronic di KL. Kali ini, mereka mengembangkan sayap mereka dengan menganjurkan acara-acara mereka di Kuching Sarawak pula.
Pada 15 November 2024(Jumaat), akan berlaku di Zinc Restaurant & Bar, dan Dj-Dj yang akan bermain pada masa itu adalah Rocatz, Keeyushee dari kolektif SFDP dan Wndersouls. Tema pada tarikh ini adalah lebih kepada upbeat dan bertenaga. Kemasukan adalah percuma! Acara pula akan berlangsung tepat jam 10pm sampai habis!
Pada 16 November 2024 (Sabtu) pula, acara rave seterusnya akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.‘ Dj-Dj yang akan bermain pada tarikh ini adalah Brainer, Hadiid dan Kretek. Mereka juga merupakan Dj dari kolektif elektronik NWHR. Tema muzik yang akan dimainkan pada tarikh ini adalah Dark/Heavy. Sesuatu yang pasti mengujakan para pendengar muzik yang suka akan bunyi-bunyian yang menggegarkan kepala dan dada. Kemasukan untuk tarikh ini pula adalah RM20 di hadapan pintu dan acara akan bermula tepat jam 10pm sampai habis!
Pada hari terakhir 17 November 2024(Ahad), upacara penutupan akan berlaku di Think & Tink dan Dj-Dj yang akan bermain pada tarikh ini adalah Aqlz, Intan dan Dan Idan dari kolektif SFDP. Tema muzik yang akan dimainkan pada hari terakhir ini adalah sempena terbenamnya matahari, dan acara ini adalah Sundowner. Kemasukan untuk hari terakhir ini adalah percuma! Pintu pula akan dibuka mulai jam 4pm sampai habis!
Acara-acara selama 3 hari ini tidak pernah dilakukan di Kuching sebelum ini, dan ini juga merupakan acara pertama bertiket daripada Stovelab di Kuching. Sponsor untuk event ini pula adalah Heineken Malaysia. Acara ini juga merupakan kolaberasi antara Stovelab dan VIBIN’ by Lek. Menurut kenyataan akhbar oleh pihak VIBIN’ by Lek., “Kami berharap kami dapat membawa kehidupan yang menarik di Kuching. Kuching mempunyai potensi sebagai sebuah saluran muzik. Kita harus sentiasa melabur di dalam scene muzik lokal untuk membawa industri muzik lokal ke arah yang lebih luas dan baik.“