Sebuah gig anjuran Go! Kebes akan berlangsung pada 23 November 2024(Sabtu) bertempat di Haus KCH. Gig bernama Yawook Vol.1 merupakan sebuah acara muzik yang bermula dari akar umbi dengan membawa pelbagai jenis band dari pelbagai genre. Tiket di jual bermula dengan harga RM35 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Gig ini akan bermula tepat jam 6.00pm sampai habis! Gig ini merupakan kolaberasi antara Go! Kebes, Yang Terlibat, Bandat Record Store, Skon Crew, Haus KCH dan RukunTV.
Gig ini akan bermula dengan sebuah sesi pembukaan memanaskan badan yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke gig ini dari Dj Lord Ajyp. Beliau akan memainkan muzik elektronik dalam rentak Techno, EBM, dan Dark Wave. Selepas selesainya sesi memanaskan badan, acara utama untuk gig ini dimana band-band yang memainkan pelbagai rentak muzik dari pelbagai genre akan bermula.
Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Sequel Revealed, Serangga, Path To Survive, Viceroyz, SeliparXJipun, Rey/Rey dan band penutupan utama untuk gig ini yang berasal dari Indonesia iaitu Takeiteasy. Persembahan dari band-band yang bermain pelbagai jenis genre pasti akan membuat para penonton terpukau dan kagum dengan bakat-bakat lokal yang wujud di tempat kita dan sekitar kita.
Orang ramai dijemput untuk hadir ke gig ini kerana ini merupakan gig pertama anjuran Go! Kebes dengan memaparkan band-band lokal yang hebat. Sama ada anda datang ke gig ini dengan niat hendak mengenali band-band baru di dalam radar anda ataupun anda merupakan peminat kepada band-band yang akan membuat persembahan, ataupun ini merupakan pertama kali anda turun ke gig lokal dan ingin menerokai dunia muzik underground Kuching, Yawook Vol.1 merupakan tempat yang sesuai untuk anda datang bersama kawan-kawan, keluarga dan membuat kenalan baru. Venue tempat gig ini di anjurkan juga merupakan tempat yang selesa dan sesuai untuk anda bersosial sepenuh hati bersama orang ramai.
Jangan lupa untuk hadir ke HAUS KCH pada 23 November 2024, bermula jam 6.00pm sampai habis, ambil gambar dan video banyak-banyak, dan tag Go! Kebes di platform media sosial anda. Jumpa anda di sana!