Sebuah gig anjuran Go! Kebes akan berlangsung pada 23 November 2024(Sabtu) bertempat di Haus KCH. Gig bernama Yawook Vol.1 merupakan sebuah acara muzik yang bermula dari akar umbi dengan membawa pelbagai jenis band dari pelbagai genre. Tiket di jual bermula dengan harga RM35 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Gig ini akan bermula tepat jam 6.00pm sampai habis! Gig ini merupakan kolaberasi antara Go! Kebes, Yang Terlibat, Bandat Record Store, Skon Crew, Haus KCH dan RukunTV.
Gig ini akan bermula dengan sebuah sesi pembukaan memanaskan badan yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke gig ini dari Dj Lord Ajyp. Beliau akan memainkan muzik elektronik dalam rentak Techno, EBM, dan Dark Wave. Selepas selesainya sesi memanaskan badan, acara utama untuk gig ini dimana band-band yang memainkan pelbagai rentak muzik dari pelbagai genre akan bermula.
Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Sequel Revealed, Serangga, Path To Survive, Viceroyz, SeliparXJipun, Rey/Rey dan band penutupan utama untuk gig ini yang berasal dari Indonesia iaitu Takeiteasy. Persembahan dari band-band yang bermain pelbagai jenis genre pasti akan membuat para penonton terpukau dan kagum dengan bakat-bakat lokal yang wujud di tempat kita dan sekitar kita.
Orang ramai dijemput untuk hadir ke gig ini kerana ini merupakan gig pertama anjuran Go! Kebes dengan memaparkan band-band lokal yang hebat. Sama ada anda datang ke gig ini dengan niat hendak mengenali band-band baru di dalam radar anda ataupun anda merupakan peminat kepada band-band yang akan membuat persembahan, ataupun ini merupakan pertama kali anda turun ke gig lokal dan ingin menerokai dunia muzik underground Kuching, Yawook Vol.1 merupakan tempat yang sesuai untuk anda datang bersama kawan-kawan, keluarga dan membuat kenalan baru. Venue tempat gig ini di anjurkan juga merupakan tempat yang selesa dan sesuai untuk anda bersosial sepenuh hati bersama orang ramai.
Jangan lupa untuk hadir ke HAUS KCH pada 23 November 2024, bermula jam 6.00pm sampai habis, ambil gambar dan video banyak-banyak, dan tag Go! Kebes di platform media sosial anda. Jumpa anda di sana!
Sebuah gig anjuran Punkcaroba Records bernama Jamm Fest akan dianjurkan di Backdoor Studio pada 3 & 4 Februari (Sabtu & Ahad). Gig ini di anjurkan dengan bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada band-band baru lokal yang telah meriliskan beberapa material, band-band yang jarang bermain gig tetapi sudah meriliskan beberapa material, band-band yang sudah lama tertubuh dan sudah ada material akan tetapi tidak berpeluang untuk bermain gig untuk merasai pengalaman berdiri dan membuat persembahan di gig lokal. Dengan adanya Jamm Fest, Punkcaroba Records menyediakan platform demikian untuk band-band ini, terutamanya untuk band-band yang bermain genre yang beraliran Punk, Metal, Indie dan sewaktu dengannya.
Gig seperti Jamm Fest ini pernah dilakukan sebelum ini oleh Punkcaroba Records, akan tetapi ia hanya di lakukan pada waktu sehari sahaja dan hanya melibatkan 6-7 buah band sahaja. Untuk Jamm Fest kali ini pula adalah sedikit istimewa kerana ia dilakukan selama 2 hari dan akan ada 15 buah band akan bermain dan mereka bukan hanya melibatkan band-band yang datang dari Kuching, tetapi ada juga band dari Sibu dan dari negara jiran iaitu Brunei. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Liberal Liberalis, Conception, Blindsided, Kelibat, RadakNyawa, Save The Soul dan Popang pada hari pertama. Band-band yang bakal membuat persembahan pada hari kedua pula adalah, Drunkpig, The Hazze, Dilarang Melarang, Myopia, Jejak Biru, Selipar Jepun dan Pemuzik Kena Reject.
Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba Records, ‘Tujuan asal Jamm fest adalah untuk mendedahkan karya-karya band lokal terutamanya untuk band-band baru kepada orang ramai dan seterusnya untuk menggalakkan mereka bergerak dengan karya mereka, seiring dengan konsep ethos Do It Yourself(D.I.Y) dengan cara mereka tersendiri. Kita percaya band-band ini akan bermain banyak lagi show selepas ini dan Jamm Fest adalah salah satu daripadanya. Kami hanya memainkan perananan kami sebagai antara pemain di dalam scene muzik lokal dalam membantu memeriahkan lagi industri muzik lokal yang beraliranPunk, Metal, Indiedan seangkatan dengannya. Ini adalah penting kerana ia bertujuan untuk memastikan rantaian industri muzik tempatan terutamanya aliran Punk, Metal, Indie untuk tidak terus sepi dilanda arus trend masa.’
Bercakap mengenai peluang untuk muzik-muzik seperti Punk, Metal dan Indie mendapat tempat di pentas-pentas mainstream, tambah Marvin lagi, ‘Terdapat banyak bakat-bakat hebat yang wujud di dalam dunia muzik lokal indipendent/underground, akan tetapi peluang untuk mereka menyerlahkan bakat mereka di pentas-pentas besar, lagu dimainkan dalam radio, dan sebagainya adalah sangat kurang. Bukan tak ada, cuma sangat kurang. Dan paling menyedihkan, sepanjang industri muzik tempatan wujud, ruang untuk band-band ini bersinar adalah sama sahaja di setiap zaman, seperti tidak ada perubahan. Pentas-pentas besar dan radio hanya memainkan lagu-lagu komersial dan trend terkini sahaja, seperti tidak mempunyai arah tuju. Dan itu bagi saya adalah punca mengapa rantaian muzik tempatan menjadi lumpuh. Platform seperti Jamm Fest di buat agar band-band lokal ini mempunyai tempat untuk mereka bergerak dan kami berharap akan ada lebih ramai organizer akan membuat gig-gig seperti ini agar industri kita akan terus wujud dan berkembang secara progressif.‘
Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, gig Jamm Fest ini akan terus diadakan pada tahun hadapan dan seterusnya jika tiada aral melintang. Untuk mendapat tiket di gig ini, boleh lah hubungi 012-8503250 atau layari Facebook dan Instagram Punkcaroba Entertainment untuk tempahan awal. Kemasukan adalah terhad. Setiap tiket akan disertakan dengan poster dan sticker Jamm Fest. Harga tiket adalah RM30 untuk sehari dan RM50 untuk 2 hari.
Sebuah gig tribute kepada Linkin Park anjuran Zero D.B Enterprise dan Project Amnesia akan berlaku di Gates of Heaven pada 27 January 2024 (Sabtu). Gig ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada Linkin Park, salah satu band rock yang iconik di abad ke-21. Gig ini akan bermula tepat jam 7pm sehingga habis! Tiket boleh di tempah dengan harga RM50 dan tiket depan pintu pula adalah RM60. Untuk tempahan awal tiket, para hadirin boleh lah menempah melalui link Google form ini.
Menurut Ken dari Zero D.B Enterprise, ‘Kami sangat teruja untuk menganjurkan acara ini sebagai tanda penghormatan kepada Linkin Park, sebuah band yang telah meninggalkan tanda yang sangat tidak dapat di lupai untuk peminat muzik di seluruh dunia. Acara ini adalah bukti bahawa semangat dan dedikasi yang dibawa oleh Zero D.b Enterprise dan Project Amnesia dalam membawa harapan kepada scene muzik lokal dan sebagai perintis kepada masa hadapan muzik Rock di Kuching, Sarawak.‘
Bryler dari Project Amnesia pula berkata, ‘Sama seperti apa yang pernah kami lakukan sebelum ini, acara ini adalah untuk pengikut kami dan untuk mereka mencipta memori terbaru di dalam hidup mereka. Dan apakah cara yang lebih baik yang boleh kita lakukan selain muzik? Kebetulan pula Zero D.b memberi idea yang bernas seperti ini sebagai memberi penghormatan kepada salah satu band yang paling ikonik dalam era kita ketika kita meningkat dewasa dan kami pula tidak dapat menahan rasa teruja untuk menjadikan acara ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.‘
Lineup yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Post-Mortem Education, Afterfall, 11th Minute, dan DJ Jorl. Setiap dari mereka yang membuat persembahan ini akan menyajikan para hadirin dengan cara mereka yang tersendiri dalam memberi penghormatan kepada bunyi-bunyian ikonik Linkin Park dengan cara yang unik dan innovative.
Sebuah gig Sounds Good Feels Good (SGFG) yang bakal memaparkan, artis dan band dari pelbagai genre akan di adakan di Appleseed Studio pada 16 – 17 Disember 2023 (Sabtu & Ahad). Gig ini dianjurkan oleh kerjasama antara InBloom Media, Good Loud Media, dan Blackwish. Gig ini adalah salah satu daripada usaha daripada beberapa organizer-organizer lokal untuk bersama-sama mengangkat kepelbagaian di dalam muzik di arena underground/indipendent tempatan.
Apa yang menariknya tentang gig ini adalah, gig ini akan memaparkan persembahan yang datang dari pelbagai genre dari Pop-Punk, EDM(Electronic Dance Music), Metalcore, dan Disco-Pop. Menurut organizer melalui press-release yang di bagi, tujuan gig ini di anjurkan adalah untuk merealisasikan slogan Unity Through Music dan berharap SGFG ini suatu hari nanti akan dapat berkembang dari bermula dari gig kecil-kecilan dan suatu hari nanti akan berjaya berkembang sehingga dapat menjadi sebuah concert atau festival. Sejurus selepas itu, akan dapat menaikkan nama artis tempatan dalam menyebarkan karya mereka dan dapat menjadi platform exposure untuk artis yang baru hendak bermula.
Oleh itu, para organizer dan penaja InBloom Media, Good Loud Media dan Blackwish menyeru orang ramai terutamanya mereka yang aktif bergiat diri di dalam scene underground dan indipendent tempatan, mereka yang ingin menerokai scene underground dan indipendent tempatan, peminat muzik etc-etc untuk sama-sama menghadirkan diri dan bersama memeriahkan gig 2 hari ini yang bakal berlangsung di Appleseed Studio Kuching, Sarawak.
Tiket depan pintu boleh didapati untuk harga RM40, manakala pre-sale pula RM30 untuk satu hari dan RM50 untuk kemasukan 2 hari. Untuk dapatkan tiket ini boleh lah whatsapp di number link ini.
TAPAUfest kembali dan kali ini disebabkan situasi pandemic Covid-19 yang melanda negara hampir 2 tahun, TAPAUfest kali ini akan dijalankan sepenuh di atas talian(online). Acara ini di anjurkan oleh TAPAUasia, sebuah online platform yang menyediakan tempat untuk komuniti penggiat seni Indie untuk berkongsi seni dan bertukar/berkongsi ilmu bersama.
TAPAUfest menawarkan pengalaman festival secara online dalam usaha untuk menyemarakkan semula aktiviti seni yang terhenti akibat Covid-19. Acara ini juga akan berlangsung selama 14 jam dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Walaupun festival ini dijalankan online sepenuhnya dengan norma baharu yang kita hadapi kali ini, acara ini akan tetap menjunjung suasana sebenar sebuah festival. Selari dengan kempen TAPAUasia iaitu #lifeislive.
TAPAUfest kali ini akan memaparkan pembikin karya Indie dari 3 buah negara sekitar Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapure dan Malaysia. Harga tiket pula akan di jual bermula Rm30 untuk BASIC combo sehingga Rm150 untuk SEMPOI combo. Tiket boleh didapati di laman web www.TAPAUfest.asia.
Menurut penganjur TAPAUfest, festival ini akan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu PENTAS, BENGKEL(peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan LAYAR(tayangan perdana produksi secara langsung).
PENTAS menjanjikan pengalaman santai dan interaktif selama 14 jam dengan menampilkan himpunan pemuzik Indie dari 3 buah negara dan semua persembahan ini 100% dijalankan secara langsung dan bukan tayangan dari pra-rakaman. Para penonton akan dapat merasai pengalaman sebenar menonton persembahan muzik secara live dari pemuzik-pemuzik Indie di venue yang telah ditetapkan di 3 buah negara ini.
Menurut Faris yang juga merupakan Pengarah Konsert dan wakil TAPAUasia Sdn.Bhd, “Kami membariskan himpunan pemuzik Indie popular dan sedang bertapak dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dengan mengetengahkan kepelbagaian genre muzik, termasuk wakil wanita dari setiap negara.”
Malaysia
Barisan pemuzik dari Malaysia akan menampilkan kugiran Ska dari Johor, Plague of Happiness, Zee Avi yang pernah memegang rekod sebagai anak Malaysia yang pertama mempunyai album yang tersenarai dalam carta album US Billboard Hot 200 serta pernah menduduki carta Billboard Heatseekers.
Zee Avi
Turut mewakili Malaysia adalah barisan artis yang tengah melonjak naik dalam industri underground tempatan iaitu No Good yang baru melancarkan trek terbaharu mereka, “Kayaba”. Seterusnya adalah antara artis Hip-Hop tempatan yang tengah hot sekarang di komuniti underground Hip-Hop tempatan yang juga merupakan pemenang anugerah Jeremy(Artis Indie Baharu Terbaik) pada TAPAUawards tahun lalu dan popular dengan lagu Wonderland iaitu Gard Wuzgut.
Singapura
Dari Singapura pula merupakan Force Vomit yang kembali melakukan persembahan di TAPAUfest setelah 3 tahun tidak beraksi.
Turut disertai adalah Subsonic Eye yang pernah menjadi artis Asia Tenggara pertama yang pernah beraksi di KEXP, sebuah online platform yang memaparkan persembahan muzik online. Pemuzik ketiga dari Singapura yang akan menyertai festival ini adalah Forests. Mereka melakar sejarah sebagai band Asia pertama yang lagu mereka “Tamago” tersenarai dalam “100 Greatest Emo Songs” di Vulture.com.
Forests
Indonesia
Barisan pemuzik dari Indonesia pula membariskan antara kumpulan lagenda dari Indonesia iaitu Sore. Mereka akan menampilkan 2 tetamu istimewa yang hanya akan diperkenalkan ketika persembahan mereka pada TAPAUfest nanti.
Seterusnya adalah trio Rock & Roll wanita Fleur yang baru sahaja meriliskan MV terbaru mereka Merona pada awal tahun ini. Turut serta adalah sebuah lagi kumpulan Rock Kontemporari The Panturas yang baru sahaja meriliskan album terbaru mereka Ombak Banyu Asmara.
Fleur
Lokasi persembahan untuk semua pemuzik dari 3 buah negara ini berlaku dengan kolaberasi rakan kongsi Indie tempatan iaitu Qun Films dari Jakarta, MonoMonday dari Singapura dan Krom Studio dari Malaysia. Para penonton digalakkan untuk berinteraksi dengan artis-artis dan kugiran-kugiran menerusi livechat dan host yang akan mengemudikan acara live tersebut adalah Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dari Indonesia dan pelakon popular Sharifah Amani dari Malaysia.
Iedil Putra & Sharifah Amani
Untuk sesi BENGKEL pula akan dimulakan dengan “Sarapan untuk juara” dimana Bagus “Gogon” dari kumpulan The Panturas (Indonesia) akan mengadakan sesi membuat sarapan yang ringkas dan enak. Selepas itu, artis grafiti dari Singapura Boon Baked akan membuat tutorial membuat grafiti menerusi bengkel Huruf Boon. Selepas itu, para penonton boleh belajar tentang teknik scream atau growl dari Bear yang juga merupakan anggota kumpulan Metalcore Defoulters.
Sesi LAYAR pula para penonton dapat mengikuti tayangan perdana untuk dokumentari Ipoh City Slackers “Indie Rock Kota Tua”, dari Nik Syazwan dan Zim Ahmadi.
TAPAUfest turun menawarkan cenderahati dan “set permainan daun terup” yang direka khas oleh pereka wanita bersaudara GrimmyGranny dan dihasilkan oleh Bogus Merchandise yang turut bertanggungjawab untuk penghantaran di seluruh dunia. TAPAUfest akan turut mengeluarkan seluar pijama yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja untuk pembelian Kombo SEMPOI.
Turut disertakan adalah Zine yang merangkumkan panduan untuk festival, artikel tulisan Fikri Fadzil (Bayangan, The Wknd), Adly Syairi Ramly dan ramai lagi. Antara yang menariknya tentang TAPAUfest ini adalah para penonton akan berpeluang untuk memenangi PS5 untuk segmen teka silang kata. FUH!
Tiket individu boleh didapati pada harga Rm30 untuk Kombo ASAS, Rm50 untuk Kombo GEREK, Rm100 untuk kombo KEREN dan Rm150 untuk kombo SEMPOI. Tiket berkumpulan untuk 4 orang pula dijual pada harga Rm110 untuk Kombo ASAS, Rm180 untuk Kombo GEREK, dan Rm360 untuk Kombo KEREN. Promosi ini adalah sehingga 29 Oktober 2021 (Jumaat). Pada hari festival pula tiket indidivu akan dijual pada harga Rm50.
Semua tiket ini boleh dibeli di laman web www.TAPAUfest.asia. TAPAUfest merupakan penerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) di bawah PENJANA dari MyCreative Ventures untuk acara digital.
Setelah sekian lama duduk di rumah akibat perintah kawalan pergerakan(PKP), sebuah gig akan di adakan di Backdoor Studio & Event Space anjuran Punkcaroba Records pada Jumaat ini(10 July 2020).
Ini adalah petanda baik kerana selepas gig demo launchingDirty Detox di Rumah Panjai : Kuching Punk House tempoh hari, disusuli pula dengan gig ini. Ini menunjuk kan sudah boleh melakukan gigs. Perkara yang di tunggu-tunggukan oleh gig goers. Yeah!
Setalah sekian lama sunyi tanpa gig, pada 5 July 2020(Ahad), akan ada gig di Rumah Panjai : Kuching Punk House. Gig ini adalah sempena release Demo untuk band D-Beat Crust Punk Dirty Detox.
19 October 2018, Sekumpulan Orang Gila (SOG) memulakan perhentian pertama untuk Jelajah Dermaga 2018 di Kuching Sarawak. Untuk siri pertama di Kuching, mereka di sokong oleh band Transitions. Gig Jelajah Dermaga siri Kuching yang di anjurkan oleh Medivurl, tiket telah di laporkan SOLD OUT! Mantap!
Terdapat beberapa masalah sebelum gig di mulakan, seperti beberapa pertukaran venue yang berlaku sehingga ke saat-saat akhir sebelum gig di mulakan. Namun semuanya dapat di selesaikan oleh pihak penganjur. Gig sepatutnya di lakukan di venue K Club, tetapi terpaksa di tukar pada minit-minit terakhir di 85 Bistro & Pub yang terletak bersebelahan bangunan venue asal. Sebab venue bertukar admin pun tak pasti, tapi admin dengar venue terpaksa ditukar sebab venue asal K Club mengalami kebocoran akibat hari hujan. Di sebabkan pertukaran ini, gig bermula sedikit lewat dalam lingkungan 8 malam dan berakhir tepat tengah malam.
(Believe / Disbelieve)
(Believe / Disbelieve)
Persembahan pertama gig tersebut di mulakan dengan sebuah band lokal dari Kuching, Believe / Disbelieve (B / D). Mereka memulakan persembahan dengan mantap dan bertenaga. Selepas B / D, Afterfall pula mengambil alih pentas. Persembahan di mulakan dengan 1 minit senyap sebagai tanda hormat kepada salah seorang daripada rakan vokalis band tersebut yang mendapat berita bahawa rakan baik nya baru sahaja meninggal dunia.
(Afterfall)
(Afterfall)
Selepas itu, giliran Exhale My Ozonepula menggegar dan memanaskan pentas. Mereka sememang nya tidak pernah menghampakan dalam memberi persembahan yang mantap dan berat. Wap-wap steam daripada para pengunjung yang mosh sudah mula kelihatan. Padu dan superb. Selesai sahaja Exhale My Ozone, band dari Kuala Lumpur Transitions pula mengambil alih pentas dengan satu lagi persembahan yang mantap dan bertenaga. Sebaik saja mereka bermula, tanpa amaran, mereka terus menyajikan para pengunjung dengan persembahan yang bertenaga dari mula sampai akhir.
(Exhale My Ozone)
(Exhale My Ozone)
(Transitions)
(Transitions)
Akhirnya, band yang di nanti-nantikan, headline untuk Jelajah Dermaga, giliran SOG pula untuk menggegarkan pentas. Seperti yang di jangkakan, SOG sememangnya menyediakan persembahan yang keren dan mantap. Ini merupakan kali ke-4 SOG bertandang ke Kuching Sarawak dan selepas ini mereka akan menuju ke Miri Sarawak pula untuk destinasi ke-2 Jelajah Dermaga sebelum ke Kota Kinabalu Sabah.
(SOG)
(SOG)
Bagi mereka yang ingin melihat SOG live bersama dengan hero-hero lokal kawasan anda, sila ambil perhatian pada gambar di bawah. Berikut adalah tarikh-tarikh dan destinasi perhentian SOG untuk tour Jelajah Dermaga 2018 sekitar Malaysia. Sebarkan pada rakan-rakan anda.
Death Returns, adalah sebuah event yang di mulakan oleh Zid(bekas vokalis Daarchlea) pada 2017. Menurut Zid, tujuan beliau membuat event ini adalah untuk membangkit kan semula scene Metal di Malaysia terutama sekali dalam kategori “core”. Menurut beliau lagi berdasarkan pemerhatiannya, jumlah kehadiran orang ramai ke gig-gig metal tahun demi tahun semakin berkurangan dan band-band yang ada sekarang pun semakin kurang mendapat sokongan. Setiap tahun juga kita akan mendapat berita bahawa ada sahaja band yang sudah mula mendapat tempat di hati peminat dalam scene underground/indie di Malaysia tiba-tiba berpecah (cthnya, Artefacts, Tres Empre dan sebagainya). Band yang di kenali ramai yang masih tinggal pun seperti Massacre Conspiracy dan Sekumpulan Orang Gila (SOG). Mereka antara band-band yang masih bergiat aktif di dalam scene metal lokal di Malaysia. Harap mereka pun akan kekal sampai bila-bila.
Maka, dengan harapan dan impian untuk mengembalikan kegemilangan dan mendapatkan semula minat terhadap muzik keras di kalangan anak-anak muda di zaman sekarang, di mana muzik metal langsung semakin kurang mendapat minat di kalangan generasi post-millennial, Zid beserta rakan-rakan beliau pun memulakan Death Returns pada 19 Ogos 2017 dan di adakan buat julung kali nya di Ultimate Blast Studio, Puchong. Band-band yang bermain untuk Death Returns yang pertama terdiri daripada Exhale My Ozone, Bloody Situations, Upon Arrival, 66Roads, Aspersions, Behind The Death, Arrival Ov Ma’asym, Dexolated Asylum, Murder MY, The ZeanceOrphelisk, PROJECTUMBRA, Sky Screams Band dan Down Of The Ethic.
(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)
Malang sekali event tersebut telah di sabotaj oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang di syaki kemungkinan akibat dengki (jauhilah sifat-sifat dengki, lagi-lagi dalam scene kita yang kecil ini) dan akibatnya event tersebut telah mendapat serbuan daripada pihak polis. Zid telah membuat statement dan statement tersebut mendapat perhatian daripada beberapa media. Nak tahu jalan cerita kes tu, click sinidan sini. Update terbaru menyatakan bahawa kes tersebut telah di selesaikan dan identiti sebenar si pelaku(pendengki) di rahsiakan.
Walaupun berhadapan dengan masalah untuk Death Returns yang pertama, event tersebut telah mendapat feedback yang cukup positif dari pelbagai pihak dalam dunia underground. Malah peminat muzik keras dari negeri-negeri lain pun turut menyatakan hasrat mereka agar Death Returns turut diadakan di tempat mereka. Zid pun buat 2 lagi Death Returns pada tahun yang sama di Johor dan Ipoh.
(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)
Setelah mendapat pelbagai respond yang positif, Zid pun menubuhkan Xonorous Entertainment, sebuah pergerakan/organisasi event yang bertujuan untuk mempromosi apa-apa yang berkaitan dengan scene muzik underground lokal. Xonorous Entertainment bukan lah one man show. Organiser dan label lain seperti Metal Warfare, Ethereal Hereathdan Whimsicalxyouth pun turut serta berkolaberasi agar pergerakan mereka dapat bergerak dengan lebih efficient. Kalau anda ingin turut serta mengetahui apa-apa event lokal underground, boleh lah join group whatsapp di link di bawah ini. Cepat! Sebelum group full! (Hanya admin saja yang dapat post, jadi anda tak perlu risau kalau banyak sangat orang chat atau semak dalam group whatsapp).
Akhirnya, pada tahun 2018, Xonorous Entertainment telah mengisytiharkan “Death Returns 2018” tour dengan kerjasama Desdemona Apparel. Gig ini di adakan di sekitar Malaysia dan sebanyak 6 negeri telah menjadi destinasi gig tour ini. Destinasi-destinasi dan tarikh-tarikh untuk gig Death Returns 2018 adalah :
Death Returns Chapter 1 : Conquest (5 Ogos 2018, Ultimate Blast Studio, Puchong)