19 October 2018, Sekumpulan Orang Gila (SOG) memulakan perhentian pertama untuk Jelajah Dermaga 2018 di Kuching Sarawak. Untuk siri pertama di Kuching, mereka di sokong oleh band Transitions. Gig Jelajah Dermaga siri Kuching yang di anjurkan oleh Medivurl, tiket telah di laporkan SOLD OUT! Mantap!
Terdapat beberapa masalah sebelum gig di mulakan, seperti beberapa pertukaran venue yang berlaku sehingga ke saat-saat akhir sebelum gig di mulakan. Namun semuanya dapat di selesaikan oleh pihak penganjur. Gig sepatutnya di lakukan di venue K Club, tetapi terpaksa di tukar pada minit-minit terakhir di 85 Bistro & Pub yang terletak bersebelahan bangunan venue asal. Sebab venue bertukar admin pun tak pasti, tapi admin dengar venue terpaksa ditukar sebab venue asal K Club mengalami kebocoran akibat hari hujan. Di sebabkan pertukaran ini, gig bermula sedikit lewat dalam lingkungan 8 malam dan berakhir tepat tengah malam.
(Believe / Disbelieve)
(Believe / Disbelieve)
Persembahan pertama gig tersebut di mulakan dengan sebuah band lokal dari Kuching, Believe / Disbelieve (B / D). Mereka memulakan persembahan dengan mantap dan bertenaga. Selepas B / D, Afterfall pula mengambil alih pentas. Persembahan di mulakan dengan 1 minit senyap sebagai tanda hormat kepada salah seorang daripada rakan vokalis band tersebut yang mendapat berita bahawa rakan baik nya baru sahaja meninggal dunia.
(Afterfall)
(Afterfall)
Selepas itu, giliran Exhale My Ozone pula menggegar dan memanaskan pentas. Mereka sememang nya tidak pernah menghampakan dalam memberi persembahan yang mantap dan berat. Wap-wap steam daripada para pengunjung yang mosh sudah mula kelihatan. Padu dan superb. Selesai sahaja Exhale My Ozone, band dari Kuala Lumpur Transitions pula mengambil alih pentas dengan satu lagi persembahan yang mantap dan bertenaga. Sebaik saja mereka bermula, tanpa amaran, mereka terus menyajikan para pengunjung dengan persembahan yang bertenaga dari mula sampai akhir.
(Exhale My Ozone)
(Exhale My Ozone)
(Transitions)
(Transitions)
Akhirnya, band yang di nanti-nantikan, headline untuk Jelajah Dermaga, giliran SOG pula untuk menggegarkan pentas. Seperti yang di jangkakan, SOG sememangnya menyediakan persembahan yang keren dan mantap. Ini merupakan kali ke-4 SOG bertandang ke Kuching Sarawak dan selepas ini mereka akan menuju ke Miri Sarawak pula untuk destinasi ke-2 Jelajah Dermaga sebelum ke Kota Kinabalu Sabah.
(SOG)
(SOG)
Bagi mereka yang ingin melihat SOG live bersama dengan hero-hero lokal kawasan anda, sila ambil perhatian pada gambar di bawah. Berikut adalah tarikh-tarikh dan destinasi perhentian SOG untuk tour Jelajah Dermaga 2018 sekitar Malaysia. Sebarkan pada rakan-rakan anda.