Band Indie Brookes telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu ‘Menanti‘, setelah lama tidak mengeluarkan apa-apa material. Untuk menyambut rilisan baru ini, Brookes akan mengadakan rilis parti di AppleSeeds Jamming Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu) bermula dari jam 7.30pm sampai habis!

Setelah berada dalam hiatus buat beberapa ketika, Brookes akan kembali untuk sebuah gig anjuran mereka sendiri iaitu ‘Brookes: The Coronation – A Night of Crowns, Chaos, Live Music and Revelry‘ bertempat di AppleSeeds Studio yang terletak di Jalan Satok. Selain daripada Brookes, mereka juga menjemput beberapa band dan artis lokal untuk menjadi persembahan pembukaan untuk gig ini. Antara band dan artis yang akan membuat persembahan adalah, Steff Fleur, Pablo! dan Hey! Leave A Message.

Single Brookes ‘Menanti‘ menceritakan tentang pergelutan dan perjuangan di dalam mengejar cita-cita dan menerima hakikat realiti kehidupan. Ia juga merupakan refleksi berkenaan keraguan, kepenatan dan keberanian di dalam diam dalam menghadapai konflik dalaman serta mencari kekuatan untuk berundur kerana hati sudah tidak dapat memikul beban yang di bawa.

Sedikit maklumat mengenai band Brookes, mereka di tubuhkan pada lewat 2020an dan setiap daripada mereka adalah daripada latar belakang muzik yang berbeza, dari Funk, Alternative-Rock dan Pop. Dengan setiap daripada ahli band ini mempunyai latar belakang muzik yang berbeza, maka lahir lah Brookes berserta karya-karya yang mereka sampaikan.

Ahli-ahli Brookes adalah terdiri daripada Ezmir Sadriq(Gitar dan vokal), Denzel Martin(Lead gitar), Rips Daniel(Rhythm gitar), Shaun(Bass) dan Jibby(Drum)

Jangan lupa untuk hadir ke Appleseed Jamming Studio dan bersama-sama Brookes dan band-band tempatan yang lain di dalam meraikan rilisan single terbaru mereka.