KUCHING – Pada 22 October lepas, pihak TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH) telah menganjurkan satu bengkel program iaitu Digital Marketing Strategies for Business Growth atau dalam Bahasa kebangsaannya, Strategi Pemasaran Digital Untuk Pertumbuhan Perniagaan.

Tegas

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan orang ramai mengenai applikasi-applikasi dan strategi-strategi yang di gunakan dalam pemasaran digital. Fasilitator untuk bengkel ini adalah En Azuar Zainuddin. Beliau juga merupakan pengasas dan juga direktor untuk syarikat “Satu Creative”. Satu Creative menawarkan khidmat konsultansi dan egensi latihan di seluruh Asia Tenggara. Antara klien-klien Satu Creative adalah CCM, CEDAR, Kementerian Belia & Sukan, RECODA, TM dan MaGIC.

Beliau pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat ternama seperti Leo Burnett dan Mandarin Oriental.

Ini merupakan salah satu antara program-program yang di jalan kan di TDIH. TDIH merupakan hub yang menyediakan space untuk para usahawan menggunakan ruang-ruang yang di sediakan dengan sebaiknya.

Tegas2

Para peserta membentengkan idea business mereka

 

Apa yang menariknya tentang aktiviti-aktiviti yang di jalankan, para peserta program akan di bagi tugasan dan case-studies berdasarkan topik-topik yang telah di bentangkan oleh En Azuar.

Tegas3

En Azuar membantu membimbing para peserta

 

Mungkin mereka yang bukan jenis technology savvy, tidak biasa mendengar ayat-ayat seperti Adwords, Adsense, Google Business dan sebagainya. Dalam bengkel ini, En Azuar, memperkenalkan para peserta dengan applikasi-applikasi ini dan bagaimana ia digunakan dalam pemasaran digital. Kebanyakan yang hadir pada masa bengkel tersebut adalah para usahawan yang baru bermula, mereka yang masih belajar tapi ada membuat perniagaan online dan mereka yang sudah ada perniagaan sendiri.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang TDIH dan program-program yang akan mereka jalankan di masa hadapan, boleh lah datang ke TDIH yang terletak di Icom Square tingkat 3, dan staf-staf di sana akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang perlu anda lakukan untuk mengikuti program-program mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *