Penyanyi kumpulan Bring Me The Horizon (BMTH) Oli Sykes dan pemain
keyboard Jordan Fish baru sahaja selesai memanjat gunung Kilimanjaro di
Tanzania.

Tujuan amal ini bermula apabila anak Jordan Fish iaitu Eliot yang baru
berumur 4 hari di syaki menghidap pendarahan otak dan di kejarkan ke
hospital. Anak Fish di tempatkan di Hospital Basingstoke dan di letakkan
dalam Unit Kawalan Rapi Pediatrik.

Fish dan isterinya Emma pun memulakan crowdfunding untuk mengutip
derma dan di salurkan sekali kepada mereka yang berada di Unit Kawalan
Rapi Pediatrik, sebagai sumbangan dan sebagai tanda penghargaan
kepada mereka yang telah menggunakan segala tenaga dan masa
mereka untuk menjaga Eliot sepanjang dia berada di unit tersebut.

Oli yang juga merupakan penyanyi kepada kumpulan BMTH pun
mencadangkan bahawa mungkin mereka boleh melakukan sesuatu yang
positive untuk mereka di unit tersebut dan dari situ lah dia mencadangkan
untuk membuat pengambaraan mendaki gunung Kilimanjaro untuk tujuan
amal sebagai tanda penghargaan, terima kasih dan pada masa yang
sama, mengutip derma untuk di salurkan kepada mereka di unit tersebut.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang di kongsikan oleh Oli di dalam
page Instagram dia setelah selesai mendaki gunung Kilimanjaro.

Mungkin ramai yang menganggap bahawa ini adalah gimik dan tindakan
publisiti untuk mereka. Pada pendapat kami di RukunTV, walaupun jika ini di
lakukan semata-mata kerana gimik dan tindakan publisiti pun, tidak dapat di
sangkalkan, program amal yang di lakukan mereka banyak membantu
mereka yang amat memerlukan terutamanya di unit tempat anak Jordan
Fish di tempatkan. Tolak tepi sangkaan negatif dan focus kepada perkara
positif yang di lakukan oleh mereka. Sebab perkara positif itu lah yang lebih
banyak memberi kesan yang positif terutamanya kepada mereka-mereka
yang memerlukan.
Sumber : loudwire.com
: justgiving.com
: Instagram.com/olobersykes/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *