Sempena hari Halloween pada 31 October nanti, HAUS KCH & Pinanak Sentah akan menganjurkan gig Head Haunt bertempat di HAUS KCH.

Di saat ketika situasi pandemic Covid-19 melanda dunia dan kesannya terhadap industri muzik dan live event sememangnya dapat di rasai oleh setiap mereka yang terlibat di dalam industri ini baik musisi, event organiser, crew, media hiburan dan sebagainya. Sudah pasti kesan ini lebih dirasai oleh mereka di mana mata pencarian rezeki bergantung dengan live event.

Head Hunt , adalah idea dari pada Ashraf bersama rakan-rakan beliau untuk scene lokal yang dahagakan event yang yang di lakukan secara kolektif, kreatif dan kemesraan. Gig ini akan memaparkan beberapa buah band lokal iaitu Meruked, Pinanak Sentah, Viceroyz, Mile Sixteen, Messy Youth dan Class 89.

Menurut Ashraf, “Kami ingin menyatukan semua orang bukan hanya ahli muzik, tetapi juga orang-orang kreatif dan masyarakat umum yang lain agar semua orang boleh saling bantu-membantu supaya kitaran ini akan berterusan dan seterusnya ia akan membantu bukan hanya industri kreatif, tetapi juga ekonomi negara melalui industri kreatif.”

Sebelum ini Haus KCH ada menganjurkan gig pertama selepas MCO iaitu perlancaran ep Yung K4i Tender Trap. Seperti sebelum ini, gig Head Haunt ini juga adalah gig yang menepati arahan SOP yang telah di tetap kan oleh Sarawak Disaster Management Committee (SDMC). Para pengunjung yang menghadiri gig ini juga di minta untuk menjaga jarak sosial dan kalau ada mini sanitizer sendiri, sila bawa.

Band-band yang akan beraksi pada gig Head Hunt nanti adalah :

Pinanak Sentah

Macam-macam acara akan ada di hari kejadian nanti selain dari persembahan muzik, antaranya adalah cabutan bertauh(Mystery HAUS), pameran seni, bes dressed awards dan untuk minum-minuman dan makan-makanan, jangan risau, di tempat kejadian akan ada Food & Bar.

Ticket boleh di dapati ;

Pre-sale : Rm25 (DM Facebook atau Instagram HAUS KCH untuk maklumat lanjut)

Pintu : Rm30

*Tiket adalah terhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *