Youtuber Metal, Jared Dines di tipu oleh Luthier, Nicholas Olsen sebanyak $1200 (RM5077.20).  Semuanya bermula apabila Nicholas yang telah di upah untuk membina gitar 17 TALI untuk video baru Dines bertajuk “Djent 2017”. Pada mula nya, Jared hanya perlu membayar Nicholas sebanyak $1000 (RM4231), tapi Nicholas tiba-tiba meminta untuk menambah sebanyak $200 (RM846.20) lagi kerana konon nya dia mengalami masalah semasa membina gitar tersebut dan pelbagai jenis alasan lagi.

Jared kemudiannya telah membuat pengumuman bahawa sesiapa sahaja yang ingin membantunya untuk membina gitar 17 tali, dia akan memberi “Shout Out” kepada pembina tersebut di semua platform media sosial beliau.

Kami dari RukunTV berharap agar Jared Dines tidak akan berputus asa berikutan kejadian trajis ini dan tidak akan pernah berhenti untuk membuat video-video menarik dan melucukan tapi masih tetap metal!

 [youtube https://www.youtube.com/watch?v=UIF91NghD4Q&w=560&h=315]

Source: https://www.youtube.com/watch?v=UIF91NghD4Q