Kumpulan R&B Soundholic telah meriliskan single mereka berjudul ‘Satu‘ dan boleh di dapati di platform YouTube, Spotify, Deezer, Joox, Tidal, ITunes dan banyak lagi.

Sedikit info tentang Soundholic, mereka bermula pada tahun 2016 dengan 5 sekawan iaitu Ariff, Ameer, Aone, Baus dan JayC. Bermula sebagai kumpulan penari, mereka pernah muncul di dalam rancangan realiti tv iaitu 8tv’s Showdown dan RTM Fun Dance di bawah nama Stepholic. Disebabkan masalah jadual dan komitmen peribadi, beberapa ahli terpaksa menarik diri dan yang tinggal adalah Ariff, Ameer dan JayC. Walaupun Aone dan Baus tidak lagi bersama, tapi ikatan persahabatan dan minat mereka masih lagi kukuh.

Mereka mula rebrand menjadi Soundholic selepas di jemput untuk menjadi penyanyi backup di “Simfoni Okestra Sarawak” untuk Ratu R&B Dayang Nurfaizah. Ia merupakan pengalaman berharga untuk mereka dan merupakan detik permulaan perjalanan Soundholic untuk terus melakukan beberapa persembahan di gig-gig lokal, festival dan event-event corporate.

Disebabkan komitmen kerja, pada tahun 2019, Soundholic terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Namun, ketika dunia mula dilanda pandemic Covid-19, Soundholic menyedari bahawa hidup adalah terlalu singkat untuk tidak terus mengejar impian di dalam bidang muzik. Jadi mereka pun bermula semula dan kembali membuat muzik. Kali ini adalah sedikit berbeza dan istimewa kerana mereka mendapat sokongan dan dorongan daripada Damian Mikhail, penyanyi kepada sebuah kumpulan lagenda R&B Malaysia V.E. Soundholic juga telah di jemput untuk menjadi sebahagian daripada komuniti muzik R&B Malaysia KRBT R&B Tanah Air.

Di dorong dengan semangat untuk memeriahkan kembali scene R&B di Malaysia, Soundholic telah meriliskan single pertama mereka iaitu ‘Satu’. Penciptaan lagu ini disusun oleh penerbit muzik Ezra Alfandy dan di mix dan master oleh Mousthofa.

p/s kepada sesiapa yang dah mengikuti perkembangan RukunTV pasti sudah tahu JayC merupakan host utama untuk kami. Dengan itu, kami mempersembahkan, ‘Satu’ dari Soundholic! Cekidout :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *