Tag

New Release

New Release, News

Automatic The Remote Telah Meriliskan MV Terbaru Mereka ‘COVE’

Band Automatic The Remote, sebuah band yang menggabungkan bunyi-bunyian Pop-Punk dan Rock telah meriliskan muzik video(mv) terbaru mereka iaitu ‘COVE‘ yang boleh di tonton di channel YouTube mereka. Band Automatic The Remote adalah terdiri daripada, Mark(vocal), Fab(Bass), Navin(gitar), Joners(gitar) dan Rendall(drum).

Info selanjutnya mengenai mv COVE oleh Automatic The Remote, mv ini di arahkan oleh Marcellinus January dari Maclicious Pictures dan penaja venue untuk pembikinan mv ini pula adalah Bandat Records dan Tirta Barong. Untuk lagu COVE pula, lagu ini di rekod di Seventh Tribe Studio dan rekoding, mix & master lagu ini di lakukan oleh Hilary Dihed. Lagu COVE ini juga sebenarnya telah mula di riliskan pada tahun 2020 sebelum pandemic Covid-19 melanda dunia dan tajuk lagu ini adalah tidak ada kena mengena dengan Covid-19. Setahun kemudian pada tahun 2021, sebuah lirik video telah diriliskan untuk lagi ini.

Sedikit info tentang Automatic The Remote, mereka di tubuhkan pada tahun 2019 di Kuching, Sarawak dan mereka menggabungkan bunyi-bunyian Pop-Punk dan Rock di dalam muzik mereka. Mereka juga telah meriliskan 3 buah single iaitu ‘Sky‘, ‘So Tell Me‘ dan ‘COVE‘. Mereka mula membuat persembahan live pada tahun 2019 sebagai band pembukaan ketika perlancaran album ke-dua At Adau iaitu Oba. Sejak itu, band Automatic The Remote telah melakukan persembahan di pelbagai acara di Sarawak dan juga Sabah.

Check out, muzik video ‘ COVE‘ dari Automatic The Remote. Jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Band Narrathief Debut MV ‘Mula Baru’

Sebuah band yang membawa bunyi-bunyian Alt + Math Rock Narrathief telah meriliskan muzik video(MV) debut mereka iaitu ‘Mula Baru‘ tepat 1 Januari 2024. Ahli-ahli band ini terdiri daripada, Lenny(vokal), Bob(drum), Jo(gitar) dan Syai(gitar). MV ini merupakan sesi perkenalan Narrathief kepada peminat muzik tanah air. Melalui lagu ini, Narrathief ingin menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar.

Menurut Lenny, ‘Lagu Mula Baru ini ditulis dengan harapan dapat menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar iaitu, jika anda mengalami apa jua kegagalan dalam hidup, jangan khuatir, anda boleh bangkit bila-bila masa, dan mulakan semula kehidupan anda dengan naratif yang baru dan lebih positif.

Sedikit info mengenai band Narrathief, mereka di tubuhkan pada tahun 2023 di Kuching Sarawak dan walaupun baru ditubuhkan, ahli-ahli band ini bukan-lah baru sahaja menubuhkan band. Mereka terdiri daripada gabungan band-band yang berlainan dengan Lenny yang juga merupakan vokalis kepada sebuah band Post-Hardcore Maddthelin, Bob pula adalah pemain drum untuk band Kontemporari Traditional At Adau, Jo pernah menjadi gitaris untuk band Clockwise & Heroine untuk seketika, manakala untuk Syai pula, ini merupakan band pertama beliau.

Muzik video ini di arahkan oleh Lenny, camera operator pula adalah Charlie, dan editor pula adalah dari Siba. Penari yang ditampilkan di dalam mv ini pula adalah Pearl. Rakaman muzik video ini dilakukan di Backdoor Studio. Mix dan master untuk lagu ini pula dilakukan oleh Gary Joseph dari band Exhale My Ozone.

Check out, muzik video debut dari Narrathief ‘Mula Baru‘ dan jangan lupa untuk follow dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu mereka di setiap platform penstriman muzik.

New Release

Band Metalcore Akta Rilis MV Terbaru ‘Void’

Sebuah band Metalcore dari Selangor/Kuala Lumpur Akta telah meriliskan muzik video untuk single terbaru mereka iaitu ‘Void‘ pada penghujung tahun 2023. Lagu Void ini merupakan sebuah lagu yang ditulis sebagai pesanan untuk orang yang di-sayangi akan tetapi tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Muzik video ini diarah dan di edit oleh Andrew Tan dan penampilan istimewa dari penyanyi band Urban Jazz Langkasuka iaitu Elly Yusni. Lagu Void ini pula di mix dan master oleh Parallel Records dan vokal pula oleh SOG Production.

Sedikit info mengenai band Akta, mereka di tubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 oleh ahli-ahli band yang membawa acuan mereka yang tersendiri untuk dihidangkan di dalam penghasilan karya-karya Akta. Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2022, setiap ahli-ahli band ini telah berkecimpung di dalam dunia muzik underground sejak tahun 2010 dan sehingga sekarang, mereka masih aktif dalam dunia muzik dan masih terus bersemangat untuk menghasilkan muzik-muzik baru. Ahli-ahli band akta terdiri daripada Shahril Redzwan(vokal & scream), Aimran Zaman(gitar), Faz Muhd(gitar), Adry(drum), dan Amir Ridhwan(bass, scream / vokal).

Check out muzik video terbaru dari Akta dan jangan lupa follow, like dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu-lagu di setiap platform penstriman muzik.

New Release

Fhelora Rilis MV Animasi, ‘Wallflower’

Fhelora, penyanyi dari Kuching Sarawak ini kembali mengeluarkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Wallflower’. Fhelora yang sebelum ini muncul dengan MV ‘Bitter W8her‘ dan ‘Alien‘, kali ini muncul dengan dengan MV animasi pula.

Menurut Fhelora, beliau mendapat inspirasi untuk menulis lagu ini ketika menonton filem ‘The Perks of Being a Wallflower‘. Lagu ini sepatutnya di rekod pada tahun lepas, tetapi disebabkan semester yang padat dan kekangan masa yang tidak mengizinkan, rancangan untuk menghabiskan lagu ini terpaksa di tangguhkan ke 2021.

Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang introvert dan menghadapi pelbagai masalah serta cabaran. Tetapi tanpa mengira kesukaran yang menimpa, gadis ini lebih gemar untuk meluangkan masa bersama kekasih beliau daripada berjumpa dan bergaul dengan orang lain yang tidak di kenali dan di luar zon selesa. Kerana siapa lagi kalau bukan ‘your other half‘ tempat anda mencari keselesaan dan keamanan kan 😉

Lagu ini di produce oleh Ivan Johannes, animasi dan illustrasi daripada @Iam.mirosu dan lirik daripada Fhelora herself! Check out mv beliau di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!

headerafterfall
New Release

Band Progressive Metalcore, Afterfall Rilis MV ‘Averis’

Band yang membawa muzik aliran Progressive Metalcore dan irama Djent Afterfall baru sahaja meriliskan muzik video terbaru mereka Averis di channel YouTube Ensera Creatives.

Sedikit info tentang band Afterfall, mereka di tubuhkan pada sekitar tahun 2014 dan aktif bermain gig underground di sekitar Sarawak. Antara gig yang mereka pernah main adalah Symfotra Seni-Mantera, Lim Kok Wing Kuching Coachella, KCHS Party, Jelajah Dermaga SOG, Felt Emo Might Delete, Liftheart Invasion dan Death Returns.

Pada awal penubuhan, pengaruh muzik band ini banyak datang dari band-band yang membawa genre post-hardcore dan metalcore. Selepas 2017 mereka mula menambah perisa Djent pula di dalam muzik mereka di mana sumber dan pengaruh muzik mereka datang dari band seperti Periphery, Monuments, Shokran, Erra, After The Burial dan Born of Osiris.

Setelah sekian lama, mereka telah meriliskan single pertama Averis yang akan dimuatkan dalam EP mereka “ANTHROPOCENTRIC” yang dijadualkan di rilis pada pengakhiran tahun 2021. Lagu ini di rekod di Eden Records, mix & master dari Gary yang juga merupakan bassist untuk kumpulan Deathcore Exhale My Ozone dan MV ini pula dihasilkan dan di taja sepenuhnya dari Ensera Creatives. Steadey Ensera Creatives!

Checkout MV dari Afterfall, ‘Averis‘ ;

New Release

Kumpulan R&B Soundholic Rilis Lirik Video, ‘Satu’

Kumpulan R&B Soundholic telah meriliskan single mereka berjudul ‘Satu‘ dan boleh di dapati di platform YouTube, Spotify, Deezer, Joox, Tidal, ITunes dan banyak lagi.

Sedikit info tentang Soundholic, mereka bermula pada tahun 2016 dengan 5 sekawan iaitu Ariff, Ameer, Aone, Baus dan JayC. Bermula sebagai kumpulan penari, mereka pernah muncul di dalam rancangan realiti tv iaitu 8tv’s Showdown dan RTM Fun Dance di bawah nama Stepholic. Disebabkan masalah jadual dan komitmen peribadi, beberapa ahli terpaksa menarik diri dan yang tinggal adalah Ariff, Ameer dan JayC. Walaupun Aone dan Baus tidak lagi bersama, tapi ikatan persahabatan dan minat mereka masih lagi kukuh.

Mereka mula rebrand menjadi Soundholic selepas di jemput untuk menjadi penyanyi backup di “Simfoni Okestra Sarawak” untuk Ratu R&B Dayang Nurfaizah. Ia merupakan pengalaman berharga untuk mereka dan merupakan detik permulaan perjalanan Soundholic untuk terus melakukan beberapa persembahan di gig-gig lokal, festival dan event-event corporate.

Disebabkan komitmen kerja, pada tahun 2019, Soundholic terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Namun, ketika dunia mula dilanda pandemic Covid-19, Soundholic menyedari bahawa hidup adalah terlalu singkat untuk tidak terus mengejar impian di dalam bidang muzik. Jadi mereka pun bermula semula dan kembali membuat muzik. Kali ini adalah sedikit berbeza dan istimewa kerana mereka mendapat sokongan dan dorongan daripada Damian Mikhail, penyanyi kepada sebuah kumpulan lagenda R&B Malaysia V.E. Soundholic juga telah di jemput untuk menjadi sebahagian daripada komuniti muzik R&B Malaysia KRBT R&B Tanah Air.

Di dorong dengan semangat untuk memeriahkan kembali scene R&B di Malaysia, Soundholic telah meriliskan single pertama mereka iaitu ‘Satu’. Penciptaan lagu ini disusun oleh penerbit muzik Ezra Alfandy dan di mix dan master oleh Mousthofa.

p/s kepada sesiapa yang dah mengikuti perkembangan RukunTV pasti sudah tahu JayC merupakan host utama untuk kami. Dengan itu, kami mempersembahkan, ‘Satu’ dari Soundholic! Cekidout :