headerafterfall

Band yang membawa muzik aliran Progressive Metalcore dan irama Djent Afterfall baru sahaja meriliskan muzik video terbaru mereka Averis di channel YouTube Ensera Creatives.

Sedikit info tentang band Afterfall, mereka di tubuhkan pada sekitar tahun 2014 dan aktif bermain gig underground di sekitar Sarawak. Antara gig yang mereka pernah main adalah Symfotra Seni-Mantera, Lim Kok Wing Kuching Coachella, KCHS Party, Jelajah Dermaga SOG, Felt Emo Might Delete, Liftheart Invasion dan Death Returns.

Pada awal penubuhan, pengaruh muzik band ini banyak datang dari band-band yang membawa genre post-hardcore dan metalcore. Selepas 2017 mereka mula menambah perisa Djent pula di dalam muzik mereka di mana sumber dan pengaruh muzik mereka datang dari band seperti Periphery, Monuments, Shokran, Erra, After The Burial dan Born of Osiris.

Setelah sekian lama, mereka telah meriliskan single pertama Averis yang akan dimuatkan dalam EP mereka “ANTHROPOCENTRIC” yang dijadualkan di rilis pada pengakhiran tahun 2021. Lagu ini di rekod di Eden Records, mix & master dari Gary yang juga merupakan bassist untuk kumpulan Deathcore Exhale My Ozone dan MV ini pula dihasilkan dan di taja sepenuhnya dari Ensera Creatives. Steadey Ensera Creatives!

Checkout MV dari Afterfall, ‘Averis‘ ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *