Sebuah band yang membawa bunyi-bunyian Alt + Math Rock Narrathief telah meriliskan muzik video(MV) debut mereka iaitu ‘Mula Baru‘ tepat 1 Januari 2024. Ahli-ahli band ini terdiri daripada, Lenny(vokal), Bob(drum), Jo(gitar) dan Syai(gitar). MV ini merupakan sesi perkenalan Narrathief kepada peminat muzik tanah air. Melalui lagu ini, Narrathief ingin menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar.

Menurut Lenny, ‘Lagu Mula Baru ini ditulis dengan harapan dapat menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar iaitu, jika anda mengalami apa jua kegagalan dalam hidup, jangan khuatir, anda boleh bangkit bila-bila masa, dan mulakan semula kehidupan anda dengan naratif yang baru dan lebih positif.

Sedikit info mengenai band Narrathief, mereka di tubuhkan pada tahun 2023 di Kuching Sarawak dan walaupun baru ditubuhkan, ahli-ahli band ini bukan-lah baru sahaja menubuhkan band. Mereka terdiri daripada gabungan band-band yang berlainan dengan Lenny yang juga merupakan vokalis kepada sebuah band Post-Hardcore Maddthelin, Bob pula adalah pemain drum untuk band Kontemporari Traditional At Adau, Jo pernah menjadi gitaris untuk band Clockwise & Heroine untuk seketika, manakala untuk Syai pula, ini merupakan band pertama beliau.

Muzik video ini di arahkan oleh Lenny, camera operator pula adalah Charlie, dan editor pula adalah dari Siba. Penari yang ditampilkan di dalam mv ini pula adalah Pearl. Rakaman muzik video ini dilakukan di Backdoor Studio. Mix dan master untuk lagu ini pula dilakukan oleh Gary Joseph dari band Exhale My Ozone.

Check out, muzik video debut dari Narrathief ‘Mula Baru‘ dan jangan lupa untuk follow dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu mereka di setiap platform penstriman muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *