Selamat hari Malaysia! Pada 16 September 2021 lepas, seluruh Malaysia telah meraikan hari kelahiran Malaysia yang ke-58. Sempena menyambut ulang tahun hari bersejarah tersebut, WeTheMaker, AOK Records, Syarikat Sang Rawi dan RukunTV telah berkolaborasi dalam menjayakan sebuah projek muzik video “Jiwaku Malaysia” yang di persembahkan oleh Steff Fleur, Dell Lawrence & Armand Abdul Malik.
Muzik video tersebut juga memaparkan Neng Kho Razali (pereka fashion), Ezra Tekola (At Adau), JayC (pengacara TVS, penyanyi, b-boy), Aween (seni mempertahankan diri), Uncle Nazimuddin (Nazimuddin Textile), Nasir Morni (Art of Speed) dan Haris Zainuddin (pelakon).
Muzik video ini dipaparkan pada pertama kali untuk sambutan Hari Malaysia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan ketua negeri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.
Lagu Jiwaku Malaysia ini ditulis oleh Steff Fleur dan direkod di AOK Records. Projek ini diuruskan oleh Aishah Chong serta penasihat projek ini pula adalah Ezi Firhan. Muzik video ini dirakam di The Junk, di rumah Aishah dan di edit oleh Hadi dan Ezzat Zaidan. Penari-penari di dalam video ini adalah Aleeya, Ummu Khansa & Molly dari Karya Terindah Performing Arts
Kami dari pihak RukunTV mengucapkan terima kasih kepada WeTheMaker, UPPAN dan Yasmin Zaidi kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada projek muzik video yang amat bermakna ini sempena dengan hari kelahiran Malaysia yang ke-58. Kami juga ingin berterima kasih kepada UKAS, TVS dan Pustaka kerana membantu dalam menjayakan muzik video ini.
Check out muzik video untuk “Jiwaku Malaysia” di bawah. Jangan lupa, like, subscribe dan share!