Merakam artis atau band kegemaran anda menggunakan telefon bimbit semasa set tengah berlangsung, semamangnya perkara biasa. Untuk di jadikan kenangan atau do it for the gram(Instagram). Adakah ianya salah? Adakah ianya biasa saja? Atau apa-apa lah. Kami di Rukun pun tak dapat nak nilaikan betul atau salah dalam hal ini. Sebab bagi kami, tak salah kalau nak rekod atau snap gambar band atau artis kegemaran anda yang tengah membuat persembahan. Boleh di jadikan kenangan ataupun for the gram. Tapi pada masa yang sama, kalau terlalu leka merakam menggunakan telefon bimbit sampai anda sendiri pun tak dapat nak betul-betul soul(menghayati) band atau artis kegemeran anda yang tengah buat persembahan pun tak lah best juga kan? Bayar mahal-mahal tiket tapi yang enjoy bateri phone anda yang di gunakan untuk merakam segalanya.
Itu lah yang terjadi semasa kumpulan A Perfect Circle tengah membuat persembahan di Reading, Pennsylvania minggu lepas apabila seramai 60 orang peminat telah di arahkan keluar sebab menggunakan telefon bimbit mereka semasa set tengah berlangsung.
A Perfect Circle telah post beberapa notis sepanjang tour mereka di America Utara dimana mereka membagi “AMARAN” untuk tidak menggunakan telefon bimbit mereka kita persembahan mereka sedang berlangsung.
Menurut Metal Sucks, staff venue tersebut terpaksa mengeluarkan/mengarahkan sebanyak 60 orang untuk keluar dari venue sebab mengambil gambar dan merakam persembahan A Perfect Circle yang tengah berlangsung.
Aduan dari beberapa orang yang berada di venue tersebut termasuk lah, mereka yang hanya mengambil telefon mereka untuk periksa telefon dan tidak merakam apa-apa pun di kenakan tindakan dan dihalau keluar juga. Di mana ramai yang menganggap tindakan tersebut adalah agak keterlaluan.
Apa pendapat anda tentang merakam atau mengambil gambar artis atau band kegemaran anda ketika mereka sedang membuat persembahan? Lagi-lagi kalau yang membuat persembahan itu datang ke kawasan anda dan tidak tahu bila lagi mereka akan kembali lagi. Nak ke tak nak ambil gambar atau rakam beberapa video untuk di jadikan kenangan?
Source: MetalHammer