Occult Dawn, sebuah band yang bergenrekan Stoner / Doom Metal, telah meriliskan Album pertama mereka pada Januari 2023 lepas. Album tersebut mengandungi 6 buah lagu dan boleh di beli di platform Bandcamp dan juga ada dijual dalam format CD. Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh dari Electric Wizard dan lagu-lagu mereka juga ada mengambil petikan skrip dari filem-filem horror klasik. 

Ahli kumpulan Occult Dawn terdiri daripada Fred dan Jerms sebagai pemain gitar, Jawn sebagai pemain bass dan Bojet sebagai pemain drum. Sejarah penubuhan band ini bermula ketika dunia masih berada pada fasa pandemic global Covid-19 yang memaksa semua orang untuk tinggal di rumah dan tak dapat keluar akibat perintah kawalan pergerakan. Fred dan Jerms pada ketika itu sedang bercakap mengenai band lama mereka iaitu Ghouul dan berbincang tentang keinginan mereka untuk menubuhkan sebuah lagi band yang lebih berat dan lebih jahat.

Proses penulisan lagu bermula di rumah Fred di mana Fred dan Jerms mula merekodkan beberapa riff gitar untuk dikongsikan bersama ahli kumpulan yang lain. Bojet dan Jawn pada ketika itu adalah lebih menjurus kepada muzik yang bertempo laju seperti Punk, Grindcore, Groove Metal dan Grunge, memerlukan sedikit masa untu beradaptasi dengan muzik yang bakal dibawa ini.

Muzik Occult Dawn mendapat pengaruh banyak daripada band Electric Wizard dan idea ini di cadangkan oleh Fred kerana beliau amat berminat degan segala apa perkaran yang berkaitan dengan kultus. Buat masa sekarang Occult Dawn tidak ada hasrat ingin meletakkan posisi vokal pada band mereka.

Semasa di awal penubuhan meraka, ia mengambil masa selama 2 tahun untuk mereka meriliskan single pertama mereka iaitu “Seances” pada bulan awal tahun 2022. Mereka kemudiannya meriliskan single ke-2 mereka “Dispraise & Worshit”pada hujung tahun 2022. Kedua-dua lagu tersebut boleh di dapati di platform Bandcamp mereka. Kemudiannya pada awal tahun 2023, Occult Dawn telah berjaya meriliskan album pertama mereka “Psalms I”.

Ini merupakan satu permulaan untuk band ini kerana dengan penghasilan album pertama Occult Dawn (“Psalms I”), band ini akan terus berpeluang untuk berekspirementasi dengan muzik mereka bawakan dan kita boleh jangkakan ia akan terus berkembang dan menjadi semakin unik. Untuk anda mendapatkan muzik mereka, material mereka boleh di dapati dengan terus menghubungi band tersebut di platform media sosial mereka, ataupun di ‘Bandat Record Store,’ dan di ‘Bollocks Records‘.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *