Noise Not Bombs, sebuah festival yang di terajui oleh komunitas-komunitas sub-culture yang berlandaskan muzik akan berlangsung untuk julung kalinya pada 12 Ogos 2023(Sabtu) bertempat di Koloyan River Cottage dekat Bau, Sarawak. Festival ini dibiayai sepenuhnya oleh jawatankuasa para penganjur dan akan memaparkan 15 pemuzik dari sekitar Malaysia, Indonesia dan Singapura. Genre-genre muzik yang akan beraksi pada festival ini pula adalah berbeza-beza. Dari Hardcore Punk, Metal, Ethnic Fusion, Midwest Emo dan Electronic Dance Music(EDM).
Apa yang menariknya tentang festival ini, ia akan diadakan di dalam hutan dan berdekatan dengan sungai dekat kawasan Bau, Sarawak. Menurut dari salah seorang para penganjur, “Kami berhasrat untuk menyediakan ruang untuk berhibur secara selamat kepada semua orang tanpa mengira jantina, etnik, keutamaan diet, kumpulan darah, pendek kata setiap lapisan masyarakatlah. Kami juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi, keganasan, gangguan dan sebarang tingkah laku yang membahayakan para hadirin di festival muzik ini.“
Barisan-barisan pemuzik yang akan beraksi di festival muzik Noise Not Bombs adalah, Tools Of The Trade(Grindcore), Radigals(Hardcore), Lullavile(Alternative), Mothflesh(Groovecore), Memorial(Hardcore Punk, Mascot(Midwest Emo & Alt Rock), Kretek(Electronic Dj), Heuremin(Electronic Dj), Danella(Slam), Swindle(Punk-Rock), Nightwolf(Metal & Punk), Pinanak Sentah(Ethnic Contemporary), Clockwise(Post-Punk), Retreo(Disko Rock & Roll), dan Serangga(Hardcore Punk).
Segala maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, lokasi ke venue, penempahan tempat tinggal, info-info lanjut mengenai festival ini dan sebagainya, boleh di dapati di link ini.
Apa tunggu lagi!? Jemput datang bersama rakan-rakan, sila datang dengan minda yang terbuka, dan yang penting, sila saling HORMAT MENGHORMATI! Mosh! Mosh! Mosh!