Seni Kita Weekend akan berkolaberasi dengan pengiat komunitas filem indipendent Watchmoviesnot bagi jelajah filem festival mereka di 3 buah lokasi iaitu George Town, Penang dekat Hin Bus Depot, di Miri, Sarawak dekat Moongrind Kingdom dan destinasi terakhir jelajah ini adalah di Kuching, Sarawak dekat HAUS KCH.

Edisi ke-3 Watchmoviesnot Film Festival (WMNFF), merupakan sebuah projek edukasi film dari inisiatif Wave Studio di bawah payung Sibu Film Art Association dan akan melakukan tour di 3 bandaraya sekitar Malaysia dengan kerjasama beberapa komuniti kreatif. Tema tour ini adalah “Unleashing the Unlimited Mind“.

HAUS KCH akan melancarkan siri ke-3 acara Seni Kita Weekend, sebuah event kolektif dari HAUS KCH yang memupuk semangat kolaberasi antara Space Provider(penyedia ruang event) di Kuching. Tema Seni Kita Weekend kali ini adalah ‘Subcultures’. Sepanjang siri Seni Kita Weekend di jalankan, Seni Kita Weekend telah melopori beberapa pasar artisan lokal dengan memeriahkan lagi barisan komunitas seni di Sarawak.

Menurut Christy Yang, penyelaras program untuk Seni Kita Weekend, “pengalaman berkerjasama dengan pelbagai barisan komuniti dan individu yang mempunyai matlamat yang serupa atau hampir serupa dalam sama-sama mempertingkatkan industri seni kreatif di Malaysia adalah sangat memuaskan. Dengan adanya platform seperti WMNFF yang direka supaya setiap lapisan masyarakat mempu mendapat akses untuk turut serta bersama, memberi sedikit kelainan berbanding Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN.”

Dengan kolaberasi bersama Watchmoviesnot, projek edukasi film ini akan mempersembahkan 6 filem local di sepanjang 2 hari acara ini berlangsung. “Kami ingin berkongsi pelbagai jenis filem yang menarik kepada para penonton dengan harapan kami dapat menjalin hubungan baru dengan pelbagai komunitas dan juga dapat menyemarakkan lagi semangat membara budaya filem di tempat-tempat yang tidak pernah merasainya sebelum ini.” – Chris Ling, Founder kepada Watchmoviesnot.

Seni Kita Weekend: Subcultures di hasilkan dan di anjurkan oleh HAUS KCH dengan kolaberasi bersama Community Social Support Center Kuching (CSSC), Bring it on, Watchmoviesnot, T.Bagak, Jasmine Dadi, JayC Panganiban, HERO AVL, Ngirupp, Sarawak Drum Community, dan AIESEC Kuching.

Acara ini akan dilancarkan pada 16th September 2023 dan akan bermula dari jam 10am – 10pm pada hari Sabtu dan 10am-7pm pada hari Ahad. Harga tiket adalah RM10 untuk per-screening, RM25 untuk pass satu hari, dan RM45 untuk pass 2 hari.