Saturday Heroes, sebuah band yang membawa genre Punk/Oi! yang pada awal penubuhannya sekitar tahun 1996 telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL’. Kali ini, mereka akan muncul dengan nafas baru dari album kali ini dengan membawa konsep 70s Proto Punk, Glam-Punk, dan Rock n Roll.
Sedikit sejarah mengenai band Saturday Heroes, mereka di tubuh oleh pengasas asal iaitu Mono pada tahun 1996. Setahun kemudian, Mono dan rakan-rakan telah menghasilkan sebuah self-titled demo di bawah label independent iaitu Strange Culture Record yang akhirnya menjurus kepada penerbitan album sulung mereka iaitu “Oi! Oi! City Boy” yang berjaya dijual sehingga 5000 unit di Malaysia, UK dan Jerman.
Pada tahun 2001 pula, Saturday Heroes telah menghasilkan sebuah EP “Play it Loud“, sebuah Three way Split bersama 2 lagi kumpulan muzk yang berirama Punk/Oi! di bawah Syarikat Rakaman Life Records. Saturday Heroes kemudiannya menyepi seketika dan Mono pula menyertai band OAG dan kemudiannya muncul pula dengan The Times.
Setelah sekian lama menyepi dan akhirnya pada tahun 2013, Saturday Heroes kembali semula dengan menghasilkan sebuah Ep baru, “were back, Loud & Proud“. Ep ini berjaya di edarkan di beberapa buah negara selain Malaysia seperti di Japan, Czech, Jerman dan Amerika Syarikat.
Kini, setelah pasca pandemik 2020, Mono muncul dengan rakan-rakan pemuzik yang baru bersama Saturday Heroes iaitu Zammer sebagai gitarist, Fayerd sebagai pemain bass, dan Bedy sebagai keyboardist. Kali ini, mereka membawa citarasa dan agenda yang baru dengan mengekalkan akar muzik mereka iaitu Punk, akan tetapi, bergerak dengan lebih kepada irama 70s Proto-Punk, Glam-Punk dan Rock & Roll. Ep/Album “Radio Bovver Rok N RoLL” ini mengandungi 5 buah lagu dan 1 instrumental yang telah di riliskan secara fizikal pada bulan Julai 2023.
Ep/Album ini di riliskan dibawah naungan muzik label lokal iaitu Heavy Soul Sound Club dan terdapat 3 buah lagu dalam bahasa Melayu dan 2 buah lagu dalam bahasa English. Semua lagu dan lirik yang terdapat di dalam Ep/Album ini di tulis oleh Mono. Rakaman album ini mengambil masa 5 bulan di studio Tiga Abdul Samarahan.
Ep/Album ini menceritakan tentang kehidupan, pengalaman, kisah suka dan duka hidup sebagai rakyat kelas pekerja. Pengaruh muzik Saturday Heroes juga adalah lebih kepada band-band seperti Slade, MC5, Dr. Feelgood, MUD, Sex Pistols, The Buzzcocks, Cock Sparrer, The Jam, Pea Bees, dan sewaktu dengan nya. Menurut Mono & Saturday Heroes, tujuan utama mereka bermain muzik adalah lebih kepada untuk memberi kebebasan mengekspresi diri melalui muzik dan juga menawarkan alternatif kepada industri muzik Malaysia khususnya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cd album ini, anda boleh berhubung dengan Mono di kedai beliau Heavy Soul Vintage ataupun dm Mono di instagram beliau.