Tag

saturday heroes

New Release

‘Oi! Pendusta’ Muzik Video Terbaru daripada Mono & Saturday Heroes

Mono & Saturday Heroes telah meriliskan muzik video(mv) untuk lagu mereka ‘Oi! Pendusta‘. Juga merupakan lagu yang terdapat di dalam album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL‘. Muzik video tersebut adalah di buat dengan kerjasama bersama Pancaindera Sarawak bersempana dengan solidarity bersama rakyat-rakyat Palestine.

Muzik video ini diriliskan di dalam page YouTube Shuttercinema Motion Works. Menurut informasi yang terdapat dalam page video tersebut, Mono menemui Shuttercinema Motion Works dan menyatakan hasrat beliau yang telah lama berminat untuk membuat sebuah muzik video yang berkonsepkan live show. Tetapi disebabkan kekangan masa, mereka tidak sempat hendak membuat rekoding video live untuk muzik video ini.

Setelah beberapa ketika, mereka kemudiannya berkolaberasi bersama dengan Pancaindera untuk sesi ‘Live Lounge‘ bersama dengan Mono & Saturday Heroes. Ketika sesi Live Lounge ini, mereka terus membuat rekoding untuk penciptaan muzik video ini. Pengarah untuk muzik video ini adalah Achmed D. Youseff, producer adalah Pancaindera, pasukan produksi pula adalah dari One Sound & Light, jurutera bunyi pula adalah dari Aziz Hj Nawarwi & Matt Crawley. Lokasi shooting pula adalah di 5S Backline Studio.

Untuk lagu Oi! Pendusta pula, lagu & lirik di tulis sepenuhnya oleh Mono, producer lagu juga di buat sepenuhnya oleh Mono manakala mix & master dilakukan oleh Grim di 3 Abdul Studio.

Check out video sepenuhnya yang ada di dalam youtube dan jangan lupa like, subscribe dan share!

New Release

Mono & Saturday Heroes Mengeluarkan Ep/Album Terbaru, ‘Radio Bovver Rok N RoLL”

Saturday Heroes, sebuah band yang membawa genre Punk/Oi! yang pada awal penubuhannya sekitar tahun 1996 telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL’. Kali ini, mereka akan muncul dengan nafas baru dari album kali ini dengan membawa konsep 70s Proto Punk, Glam-Punk, dan Rock n Roll.

Sedikit sejarah mengenai band Saturday Heroes, mereka di tubuh oleh pengasas asal iaitu Mono pada tahun 1996. Setahun kemudian, Mono dan rakan-rakan telah menghasilkan sebuah self-titled demo di bawah label independent iaitu Strange Culture Record yang akhirnya menjurus kepada penerbitan album sulung mereka iaitu “Oi! Oi! City Boy” yang berjaya dijual sehingga 5000 unit di Malaysia, UK dan Jerman.

Pada tahun 2001 pula, Saturday Heroes telah menghasilkan sebuah EP “Play it Loud“, sebuah Three way Split bersama 2 lagi kumpulan muzk yang berirama Punk/Oi! di bawah Syarikat Rakaman Life Records. Saturday Heroes kemudiannya menyepi seketika dan Mono pula menyertai band OAG dan kemudiannya muncul pula dengan The Times.

Setelah sekian lama menyepi dan akhirnya pada tahun 2013, Saturday Heroes kembali semula dengan menghasilkan sebuah Ep baru, “were back, Loud & Proud“. Ep ini berjaya di edarkan di beberapa buah negara selain Malaysia seperti di Japan, Czech, Jerman dan Amerika Syarikat.

Kini, setelah pasca pandemik 2020, Mono muncul dengan rakan-rakan pemuzik yang baru bersama Saturday Heroes iaitu Zammer sebagai gitarist, Fayerd sebagai pemain bass, dan Bedy sebagai keyboardist. Kali ini, mereka membawa citarasa dan agenda yang baru dengan mengekalkan akar muzik mereka iaitu Punk, akan tetapi, bergerak dengan lebih kepada irama 70s Proto-Punk, Glam-Punk dan Rock & Roll. Ep/Album “Radio Bovver Rok N RoLL” ini mengandungi 5 buah lagu dan 1 instrumental yang telah di riliskan secara fizikal pada bulan Julai 2023.

Ep/Album ini di riliskan dibawah naungan muzik label lokal iaitu Heavy Soul Sound Club dan terdapat 3 buah lagu dalam bahasa Melayu dan 2 buah lagu dalam bahasa English. Semua lagu dan lirik yang terdapat di dalam Ep/Album ini di tulis oleh Mono. Rakaman album ini mengambil masa 5 bulan di studio Tiga Abdul Samarahan.

Ep/Album ini menceritakan tentang kehidupan, pengalaman, kisah suka dan duka hidup sebagai rakyat kelas pekerja. Pengaruh muzik Saturday Heroes juga adalah lebih kepada band-band seperti Slade, MC5, Dr. Feelgood, MUD, Sex Pistols, The Buzzcocks, Cock Sparrer, The Jam, Pea Bees, dan sewaktu dengan nya. Menurut Mono & Saturday Heroes, tujuan utama mereka bermain muzik adalah lebih kepada untuk memberi kebebasan mengekspresi diri melalui muzik dan juga menawarkan alternatif kepada industri muzik Malaysia khususnya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cd album ini, anda boleh berhubung dengan Mono di kedai beliau Heavy Soul Vintage ataupun dm Mono di instagram beliau.