Sebuah komuniti pembangun permainan(game developer) Sarawak iaitu The Sarawak Game Developers Community (SwkGDC) telah melancarkan edisi ke-2 Game Jam mereka pada 31 Ogos sehingga 2 September lepas. Acara ini berjaya dijalankan dengan hasil kerjasama bersama dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Game Jam adalah sebuah acara di mana para developer game akan cuba untuk membuat sebuah video game dari awal dengan masa yang terhad. Kebiasaannya dalam 1 hari, 2 hari atau 3 hari. Terpulang dengan format yang telah di tetapkan oleh para penganjur.

Acara ini di langsungkan di TEGAS Digital Village di Kuching dan menerima lebih 40 penyertaan. Para peserta telah di beri tugasan untuk membuat sebuah game digital dalam masa 48 jam(2 hari). Pada hari pertama, para peserta perlu melalui game design workshop selama 3 jam yang di seliakan oleh Sophie Azlan, seorang pensyarah dari UOW University. Selepas itu, mereka akan di bagi tema untuk game jam ini dan membentuk kumpulan masing-masing. Sepanjang acara game jam ini di jalankan, para peserta boleh mendapat pertolongan dan bimbingan daripada para mentor dan para pemain di dalam industri game lokal seperti, CtrlD Studio, Rez Studios, Moredoor Interactive, Kloena Digital, Persona Theory Games dan UOW Malaysia.

Pada hari terakhir, setiap pasukan akan membentangkan prototaip game mereka di hadapan para juri. Apa yang menariknya tentang Game Jam kali ini, ada sebuah kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar sekolah rendah, dan mereka adalah dari Tunku Putra-HELP School. Tiga pemenang untuk acara Game jam ini terdiri dari 3 kategori. Mereka adalah BamTo! bagi ‘kategori penggunaan tema’ yang terbaik. Seterusnya bagi kategori ‘game mechanics terbaik’ adalah dari kumpulan TheDigiNomads dan bagi kategori ‘paling di ingati’ adalah dari kumpulan Frog Hammer. Game Jam ini di akhiri dengan penutup daripada tetamu istimewa iaitu, Jun Shen Chia, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Xbox Global Expension team untuk Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

Para pemenang akan mendapat free conference pass yang bernilai Rm400 ke Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) 2023 daripada MDEC dan sokongan mobiliti daripada TEGAS untuk menghadiri festival tersebut. MYDCF merupakan salah satu daripada pameran konten digital yang terbesar di Asia Tenggara. Pameran ini akan di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre dari 27 September sehingga 1 Oktober 2023. Kumpulan yang menang juga akan berpeluang untuk mempamerkan game ciptaan mereka di booth SwkGDC.

Game Jam SwkGDC tahun ini telah menarik seramai lebih dari 40 peserta dan mereka adalah dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada, para pelajar, orang bekerja sepenuh masa dan juga peminat dan pencipta game. Mereka juga datang dari pelbagai pelosok Borneo seperti, Sri Aman, Miri, Bintulu, Sibu dan juga Sabah. Sambutan dari para pelajar juga adalah sangat menggalakkan kerana mereka datang dari universiti-universiti yang terdiri daripada, University of Technology Sarawak (UTS), UNIMAS, Swinburne Sarawak, i-CATS University College, UiTM Kota Samarahan, dan juga dari sekolah Tunku Putra-HELP School. SwkGDC serta para pasukan dan juga dari para penaja berharap bahawa acara ini akan terus di adakan pada setiap tahun, agar ia dapat terus mengembangkan komuniti-komuniti pembangun permainan(game developer) lokal.
