Seni Kita minggu ke-2 akan melancarkan 2 hari pameran seni di HAUS KCH pada 23 September 2023 (Sabtu). Seni Kita Weekend kali ini akan bertemakan Subcultures dan di sokong oleh Arts for All Seasons (ArtsFAS) dan geran pula oleh Yayasan Hasanah. Pameran selama 2 hari ini akan memaparkan karya seni kontemporari dan moden dari pelbagai artis dan para penyumbang dari kesemua 4 pelosok pulau Borneo.

Antara perkara yang akan berlaku pada Seni Kita minggu ke-2 ini adalah sesi Altered Natives, sebuah pameran yang memaparkan seni kontemporari. Para artists dari pelbagai pelosok Borneo, dari Kalimantan, Sabah, Sarawak dan Brunei, akan memaparkan hasil karya mereka. Mereka adalah Elroy Ramantan (Brunei), Sang Tukang (Sabah), Marcos Kueh (Sarawak), Reef (Sarawak), T.Bagak (Sarawak), Tuh Dek (Sarawak) dan Zakaria Pangaribuan (Kalimantan).

Saya percaya, seni sepatutnya menjadi lebih expressif, dan menggambarkan satu bentuk yang melambangkan apa yang ingin di sampaikan oleh artis tersebut. Tanpa perlu menjadi terhad disebabkan oleh standard masyarakat. Seni saya patut dilihat dan boleh di pakai oleh semua orang yang boleh merasai ekspressinya dan pakai lah ia dengan penuh kebanggaan.” Kata T.Bagak, yang juga merupakan kurator, designer dan juga salah seorang artis untuk sesi Altered Natives.

Untuk sesi seterusnya pula adalah sesi Roots and Remixes. Sebuah pameran seni yang menggabungkan konsep-konsep subculture. Roots melambangkan asal-usul dan ekspresi praktisan tradisi dan karya seni yang menghubungkan aspek kerohanian di dalam subculture, manakala Remixes pula adalah tentang sentuhan moden di dalam seni di luar konvensional yang menjadi kebiasaan dan lebih menekankan tentang expressi individu.

Antara artis-artis yang terlibat dengan Roots and Remixes adalah Jasmine Dadi (Kurator & Artis Pelbagai Disiplin), Pici Pamg (Kurator dan Artis Media Campuran), Jocelyn Sim (Pereka Produksi), Nagaia (Artis Tatu), Mira Hector (Artis Tatu), Leon Noel (Artis Media Campuran) dan Adrian Jo Milang (Pengamal Budaya). Roots and Remixes adalah hasil kurasi antara Jasmine Dadi, Steff Fleur, Pici Pamg, Asyilah Tan dan Catriona Maddocks.

Menurut Jasmine Dadi, “Kebanyakan penduduk Borneo adalah sangat berakar umbikan dengan budaya yang mempengaruhi identiti dan warisan. Dengan memahami tradisi amalan nenek moyang saya, ia akan memperkasakan diri saya untuk berjalan di jalan sama yang telah diamalkan oleh mereka dan sejurus itu, dapat berkongsi legacy ini dengan anak-anak di masa hadapan.

Acara Seni Kita weekend ini juga akan memaparkan 20 vendor kreatif yang akan menjual barangan dan servis merangkumi seni, makanan, minuman dan pelbagai lagi. Sang Tukang akan membuat debut beliau di dalam scene seni Sarawak dengan workshop pembuatan cuff tembaga. Ensera Creatives pula untuk sepanjang 2 hari acara ini akan melakukan wacana rentas disiplin berkenaan subculture melalui sesi Tuak Talk Series mereka yang akan dilakukan buat pertama kali di hadapan penonton secara langsung. Pameran seni masakan pula akan di lakukan pada hari Sabtu sebelah petang dan pertandingan yang dinamakan Earthly Delights: Shake and Twist dengan kolaberasi antara Ngirupp dan The Other Side.

Di sebelah petang pula, para pengunjung boleh menikmati persembahan atas bumbung oleh Ezra Tekola dari At Adau. Waktu malam pula akan memaparkan sesi open mic Hear Me Out yang akan di host oleh JayC.

Pada penutupan hari Ahad pula akan berakhir dengan Kamboh. Akan ada juga sesi demonstrasi seni mempertahankan diri campuran dari FightX dan juga pertandingan drum battle dari Sarawak Drum Community. Acara penutupan pula akan ada dance party dari Raminari, sebuah kolektif Dj yang akan memainkan muzik-muzik yang berfokuskan Funk.

Seni Kita Weekend adalah acara yang di anjurkan oleh komunitas-komunitas seni yang di mulakan oleh HAUS KCH yang pada awalnya bermula pada July 2022. Acara kali ini merupakan acara Seni Kita yang ke-8 dan kali ini ia bertemakan Subcultures. Seni Kita Weekend telah melakukan beberapa kurasi yang melibatkan pelbagai pameran seni dari para pengamal seni lokal dan ia bertujuan untuk membentuk budaya komunitas seni yang lebih besar di Sarawak.

Seni Kita Weekend kali ini adalah dihasilkan dan dianjurkan oleh HAUS KCH dengan kolaberasi oleh Community Social Support Centre Kuching (CSSC), WatchmoviesnotSibu, T.Bagak, Jasmine Dadi, Ezra Tekola, Sang Tukang, Achang Libat, Sylvia Lim, Gerai Sulu Nuan, JayC Panganiban, HERO AVL, Ngirupp, The Other Side, Ensera Creatives, Jaya Chiropractic, Raminari, Swinburne Student Council (SSSC), Rey Rey, dan Sarawak Drum Community.

Seni Kita Weekend: Subculture akan bertempat pada 23-24 September 2023 (Sabut & Ahad) dan akan membuka pintu bermula jam 11.00am – 10.00pm untuk kedua-dua hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *