Sasha Ningkan dan Jelajah ke Jepun bersama Noh Salleh

Pada 28 October hingga 6 November 2017 lepas, penyanyi tempatan dari kumpulan Hujan Noh Salleh, telah melakukan jelajah Jepun bersama dengan seorang lagi penyanyi tempatan muda iaitu Sasha Ningkan. Ramai antara kita sudah tentu kenal siapa Noh Salleh dan siapa Hujan. Tetapi tentu ramai yang masih tertanya-tanya, siapakah Sasha Ningkan?

1

Kami telah menemu ramah Sasha dan bertanya tentang tentang diri dia dan bagaimana dengan jelajah Jepun bersama dengan Noh Salleh. Berikut adalah hasil interbiu kami bersama Sasha. Chekidout!

  1. Hye Sasha. Boleh ceritakan tentang diri Sasha secara ringkas?

 Hello! Nama saya Sasha Ningkan, umur 22 tahun. Saya menyanyi dan menulis lagu. Saya juga melakukan muzik production sendiri. Saya lahir di Kuching Sarawak, Malaysia dan saya suka makan Nasi Lemak dengan Ayam Goreng. Hehehe.

  1. Inspirasi muzik Sasha datang dari mana? Dan bagaimana Sasha mula berkecimpung dalam dunia Muzik?

 Inspirasi saya mostly adalah dari persekitaran saya, alam, emosi, memories, perasaan dan pengalaman. Saya cuba pastikan segalanya datang dari hati saya dan tak nak la tulis lagu semata-mata hanya kerana saya nak menulis. Semuanya harus dari hati.

 Tak ingat pula macam mana saya bermula, sebab semua nya berlaku begitu saja. It comes naturally.

  1. Sasha pernah tak di tawarkan untuk sign dengan mana-mana label?

Pernah. Tapi saya tak bersedia.

  1. Pada 28 October hingga 4 November 2017 yang lepas, Sasha telah ke negara matahari terbit Jepun, untuk membuat tour bersama Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan. Boleh ceritakan bagaimana tour ini boleh berlaku?

Haha! Yup, saya berada di Jepun untuk tour dengan Noh Salleh. Semua ini berlaku secara random dan tak dirancangpun. Haha. Semuanya bermula masa saya dan kawan-kawan saya tengah lepak di kedai Noh Salleh dekat Sanjuro Café di Jalan Padungan Kuching. Masatu kitorang tengah bercakap tentang nak pergi trip dan kebetulan juga Noh cakap dia nak pergi Jepun pada bulan October. Noh pun tanya sama ada kitorang free tak masa tu? Kalau free join lah sekali.

Pada malam tu juga, kitorang semua terus check flight dan booking ticket ke Jepun. To our surprise! Tiket pun murah gila! (Tak lah murah sangat, tapi affordable lah. Haha.).

Lepas tu kitorang buat discussion lagi dekat Sanjuro dan tiba-tiba terfikir, “eh, di Jepun, alang-alang buat tour sambil bercuti je lah.” So, member kitorang Matt Taipei dan isterinya Fatin pun terus tanya kontek diorang dari Jepun, tanya ada show tak sekiranya kitorang datang Jepun? TADAAAAAA! BOOM! Begitu lah secara ringkasnya bagaimana Noh Salleh dan Sasha Ningkan Japan tour berlaku. Hahaha xD

2

  1. Damn! Best giler! Tu baru random coolness. Hahaha. Saya juga di fahamkan sepanjang tour, hari jadi Sasha pun jatuh pada durasi tour tersebut. Pasti seronokkan dapat sambut hari jadi di Nippon(Jepun)? Boleh ceritakan bagaimana Sasha sambut hari jadi Sasha dekat Jepun?

Saya jatuh? YES! Saya ada terjatuh dekat Jepun masatu! Hahahaha! xD Yup-yup. Saya sambut hari jadi saya dekat Jepun and it was truly one of the best birthday I ever had! Selepas show kami di Osaka, Pika Space, saya di kejutkan dengan lagu hari jadi dan selepas itu, kami makan dekat Italian restaurant, makan pasta dan ice cream. Paling best masa birthday, semua hal makan-makan kena belanja. Hehe. Thank you kepada kawan-kawan dari Jepun, Aki dan Cheng!

Sehari selepas birthday, kami ke Kyoto untuk tour terakhir kami di Jepun untuk waktu tu. Masatu kitorang makan dekat Indian restaurant, tapi sayang sekali tak sempat makan sebab rushing nak perform and WE’RE RUNNING OUT OF TIME AND JAPANESE ARE VERY PARTICULAR OF TIME!

Sepanjang trip kami ke Jepun masatu adalah birthday experience untuk saya. Something that I will never forget sebab dapat celebrate dengan kawan-kawan di Jepun dan of course! MOK PEGI JEPUN AGIK PLEASE!(Nak ke Jepun lagi!)

3

  1. Adakah ini merupakan kali pertama Sasha membuat persembahan di luar Malaysia? Atau sebelum ini pernah dah buat luar Malaysia?

Ini merupakan kali pertama saya buat persembahan di luar Malaysia dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada kawan-kawan, Matt, Fatin dan Noh kerana berkongsi peluang ini bersama saya.

  1. Kalau dalam Malaysia, negeri manakah yang Sasha pernah membuat persembahan?

Saya dah buat persembahan di Kuala Lumpur beberapa kali dan kalau di Sarawak, you named it! Haha. Mukah, Marudi, Bau, Lundu, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching, Sarikei dan banyak lagi! Hahaha.

  1. Apakah perbezaan “feel” ketika Sasha membuat persembahan di Jepun dan tempat-tempat lain di Malaysia?

 Luar biasa! Kebanyakan yang datang semasa saya membuat persembahan di Jepun aalah warga Malaysia dan Indonesia yang belajar di Jepun dan mereka yang berkerja di Jepun. Yang best nya, saya dapat melihat mereka semua berkumpul di satu tempat dan buat kawan-kawan baru. Seronok!

4

  1. Sasha dan Noh ada bawa CD dan merch tak? Kalau ada macam mana sambutan dia?

Noh ada bawa CD dia dan kami jual t-shirt merchandise kami yang di taja oleh StickyBox dan guess what? Semuanya SOLD OUT!!!! <3 <3 <3

5

  1. Ada perancangan besar tak untuk karier muzik Sasha untuk tahun 2018 yang akan datang?

 Ada. Itu, anda kena tunggu dan lihat. Saya takkan kata apa-apa dulu. Hehehe. It’s gonna be a surprise guys!

Terima kasih kerana menjawab soalan-soalan kami dan minta maaf kalau sangat skema soalan-soalan yang di tujukan. Hahaha. Ada apa-apa pesanan untuk para pembaca, para peminat dan future fans of Sasha Ningkan yang sedang membaca posting ini?

 Terima kasih semua kerana membuat tahun 2017 such a wonderful and memorable one. Let’s do more things and make more memories together! Thank you all!

 Yeah! Interbiu Rukun with the beautiful Sasha Ningkan. Kepada siapa-siapa yang nak dengar muzik Sasha, boleh check out Soundcloud Sasha Ningkan dan follow instagram beliau dekat https://www.instagram.com/sashaningkan/. Jangan lupa follow dan share ya. Spread the music and spread the love people!

 

[soundcloud url=”https://api.soundcloud.com/playlists/173430492″ params=”color=#ff5500&amp;auto_play=true&amp;hide_related=false&amp;show_comments=true&amp;show_user=true&amp;show_reposts=false&amp;show_teaser=true&amp;visual=true” width=”100%” height=”300″ iframe=”true” /]

 

 

 

 

Sumber Gambar : https://www.instagram.com/ehhafishah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *