Sebuah event Rave yang di anjurkan oleh NWHR akan berlangsung pada 2 Disember 2023 (Sabtu) di Velvet Restaurant & Bar. Rave ini akan memaparkan 3 orang Dj iaitu ODD, Hadiid dan Heuremin. Acara Rave ini akan bermula pada jam 9.00pm sehingga habis! Kepada para peminat muzik elektronik di dalam alam Techno dan Psy-Trance, ataupun kepada mereka yang ingin menerokai dunia muzik elektronik, inilah acara yang patut anda hadiri.
Sedikit info tentang kolektif dj NWHR, mereka adalah sekumpulan individu yang mempunyai minat yang mendalam di dalam dunia muzik elektronik underground terutamanya di dalam genre House dan Techno. Projek NWHR di tubuhkan dengan tujuan untuk mengubah status quo kehidupan malam di Kuching melalui acara yang menerokai suasana sonik dan mengasyikkan. NWHR biasanya akan membuat acara-acara Rave secara underground di beberapa lokasi yang berbeza yang jarang di ketahui orang atau lokasi yang anda tak akan terfikirpun sebuah acara boleh dilakukan di tempat-tempat demikian.

Selain daripada membuat acara-acara Rave secara underground, NWHR juga pernah berkolaberasi dengan beberapa festival muzik lokal yang mainstream seperti Rainforest World Music Festival, Rainforest Fringe Festival, What About Kuching dan Sunbear Festival.
Sedikit info tentang Dj-dj yang membuat persembahan. ODD merupakan Dj yang membawa muzik bergenre Techno dan House. Pengaruh muzik-muzik beliau adalah dari label-label seperti Ostgut Ton, The Gods Planet, Hypnus, Mama Told Ya dan sewaktu dengannya. Dengan pengalaman sebagai Dj yang pernah bermain di pelbagai kelab malam di sekitar Kuala Lumpur dan di beberapa acara Rave di Kho Pha Ngan di Thailand, ia telah membentuk pelbagai jenis cara dalam membentuk satu pengalaman kepada para penari di dance floor oleh ODD. Beliau pernah berkongsi pentas dengan beberapa Dj antarabangsa seperti youANDme, Rhyw, Haruka, Volvox, Stelios Vassiloudis, Nakadia, Exos, Markus Henrikkson, Ness, Deepbass, Luigi Tozzi, Bloody Mary, Powder, dan sebagainya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada co-founder untuk kolektif Voidrealm dan juga [MO]DULUS KL, yang kerap kali melakukan acara Techno di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Seterusnya adalah Heuremin. Beliau merupakan Dj dan juga seorang audiovisual artist yang berasal dari Kuching Sarawak. Pengaruh muzik-muzik beliau adalah banyak merangkumi kepada arah Deep, Dark dan elemen-element perkusi trek club antara Techno hingga ke Electro. Beliau juga merupakan salah seorang daripada kolektif NWHR dan telah kerap kali melakukan beberapa siri pop-up raves di sekitar bandar raya Kuching. Beliau juga pernah bermain dan berkolaberasi dengan beberapa festival muzik seperti Rainforest Music Festival, Rainforest Fringe Festival dan Sunbear Festival. Beliau juga pernah bermain dengan beberapa kolektif Dj lokal underground yang lain seperti Voidrealm dan LEK. Antara Dj-dj lain yang beliau pernah berkongsi pentas bersama adalah Kretek, Hadiid, Brainer, Rempit Goddess dan sebagainya.

Hadiid juga merupakan seorang Dj yang berasal dari Kuching Sarawak dan beliau pernah main di beberapa gig lokal dan antarabangsa di sekitar Asia seperti Koh Pha Ngan, Manila, Jakarta, Bali dan Kuala Lumpur. Beliau pernah berkongsi pentas bersama dengan Dj antarabangsa lain seperti Hugo Mendez (Sofrito) dan Mathias Schober (Lossless). Seperti Heuremin, Haddid juga merupakan salah seorang daripada kolektif NWHR. Menurut beliau, kolektif NWHR di tubuhkan sebagai salah satu cara untuk memupuk minat dan kepelbagaian di dalam jenis muzik. Ini juga adalah salah satu cara bagi NWHR untuk mendidik orang ramai bahawa selain daripada muzik pop, budaya muzik alternative ada pelbagai cabang lagi terutamanya di dalam kategori elektronik. Itulah matlamat utama NWHR. Hadiid sekarang ini juga bernaung di bawah beberapa buah label antarabangsa yang terletak di Berlin, Russia, Ukraine, Amerika Selatan, dan juga di beberapa rantau Asia. Antara label-label tersebut adalah, Polytypch, Black Beard, Vertigo Audio, Uxoa Dutxa Elite, Eclipse Recordings, Kaleydo Records, Asia Music, Pizza Tunait, Dear Deer Records, Leftright Sounds, Deepsomnia, Bullfinch Records, Lossless, dan yang terbaru adalah TAU dari The Adana Twins.

Sekiranya anda berminat untuk menempah tiket ke acara Rave dari NWHR, anda boleh lah DM Instagram NWHR. Tiket pre-sale adalah berharga RM30 dan depan pintu pula adalah RM40. Tarikh terakhir untuk mendapatkan tiket pre-sale adalah pada 1 Disember (Jumaat). Ayuh, dapatkan slot anda sebelum full house!
