HAUS KCH sekali lagi akan menganjurkan acara Seni Kita: Weekend yang terbaru iaitu ‘On State of Being‘ pada 8 Disember 2023 (Jumaat). Acara Seni Kita kali ini akan menerokai dunia 7 artis kreatif yang akan menampilkan perspektif mereka di dalam kehidupan dan kewujudan. Tema Seni KIta Weekend kali ini adalah “Environment” dan di sokong oleh Community Social Support Centre Kuching (CSSC), Bring It On, Goethe Institut, Rias Sofiyah, Ngirupp, Sarawak Drum Community, Naked Wonders dan Ensera Creatives.

Menurut Rias Sofiyah, yang juga merupakan kurator untuk sesi di Seni Kita kali ini, ‘matlamat On State of Being adalah untuk menerokai identiti di kalangan penonton. Agar mereka mengalami sendiri perspektif dan minda para artis dan untuk memahami emosi yang komplex apabila bersendirian. Saya sangat teruja untuk showcase kali ini kerana kami akan memaparkan barisan artis dari bahagian timur dan barat Malaysia yang akan memaparkan seni yang segar kepada komunitas seni Sarawak.

Pameran kali ini akan memaparkan hasil kerja dari Ainee Hanae (Sarawak), Ekhael (Kuala Lumpur), Rias Sofiyah (Sarawak), Sherylatachi (Kuala Lumpur), Tiomilokl (Kuala Lumpur), Pici Pamg (Sarawak), dan Solaris (Selangor).

Bertempat di HAUS KCH, acara yang bermula pada 8 Disember ini akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti makan & minum, serta muzik yang seiring dengan seni. Pameran seni pula akan mula buka pada 11 Disember 2023 (Isnin) bemula dari jam 11am – 6pm sehingga 22 Disember 2023 (Jumaat).

Seni Kita Weekend adalah festival seni yang di dorong oleh komunitas seni dan di anjurkan oleh HAUS KCH bermula pada bulan Julai 2022. Sebagai penutupan ke suku akhir tahun, festival Seni Kita bulan ini yang bertemakan ‘Environment‘ telah memelopori pelbagai artisan lokal di Kuching yang berhasrat untuk bersama-sama memeriahkan lagi komunitas seni di Sarawak.

Kordinator program untuk Seni Kita Weekend Christy Yang berkata, ‘Dari awal tahun, kami telah bercita-cita agar setiap Seni Kita Weekend kali ini akan mempunyai pelbagai tema yang akan memaparkan kolaberasi kreatif dari pelbagai pihak, dari vendor hingga ke komunitas seni yang berlainan. Kami menutup tirai tahun 2023 dengan bertemakan “Environment”, kerana kami memahami betapa pentingnya untuk kita menangani masalah global ini dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai organisasi. Dengan scene seni yang semakin berkembang pesat, kami sangat teruja untuk mengakhiri tahun ini dengan meriah dan menantikan tahun hadapan yang akan menjadi lebih meriah untuk scene kreatif seni.

Sebagai tambahan, Seni Kita Weekend kali ini akan memaparkan sebanyak 50 kreatif vendor yang akan menjual pelbagai jenis produk dan servis dari seni, pakaian, barang kemas, tatu, makanan dan minuman bagi segmen Pasar Seni. Ensera Creatives pula akan membuat beberapa pemilihan filem yang akan mengetengahkan tentang alam sekitar dan cabaran-cabarany yang di hadapi. Filem-filem yang di pilih adalah di senarai pendekkan oleh Goethe Institute untuk Science Film Festival 2023.

CSSC pula akan melakukan beberapa siri aktiviti yang berkaitan dengan Christmas seperti Santa Claus Meet and Greet, Story-Telling Sessions, Christmas Carols dan Christmas Movie Screening. Lil Nice Cat pula akan mengadakan sesi kelab buku kepada orang awam dengan membincangkan tentang buku “The Music of Bees“. The Kamboh segment pula akan berlangsung pada hari ahad dengan sesi Tuak Testing sebelum beralih kepada siri Drum Challenges yang akan dipimpin oleh Sarawak Drum Community yang di sokong oleh Naked Wonders.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *