Sebuah perkumpulan untuk mereka yang merupakan peminat filem akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.’ pada 17 Disember 2023 (Ahad) bermula dari jam 2:00pm – 5:00pm. Perkumpulan ini juga merupakan perlancaran untuk Kuching Reel Society, sebuah hub untuk peminat filem berkumpul dan bersatu. Komunitas peminat filem ini bertujuan untuk membawa bersama peminat-peminat filem bagi memupuk ruang dalam meraikan seni pawagam dan melibatkan diri dalam wacana yang bermakna dan secara tidak langsung dapat memacu industri filem tempatan agar dapat bergerak ke hadapan.

Menurut Syed Amierul, yang juga merupakan kurator untuk Kuching Reel Society, “Telah menjadi impian saya untuk melihat cerita kami diceritakan dari perspektif baharu dengan menggunakan teknik baharu. Dengan pendedahan yang berterusan terhadap filem yang mencabar penceritaan konvensional dan norma pembikinan filem, saya yakin, kita akan dapat mendekati impian itu sebagai sebuah komuniti.

Kuching Reel Society menjemput orang ramai untuk menghadiri perasmian perjumpaan dan diskusi bulanan yang akan di adakan di ruang acara ‘Lek.’ pada 17 Disember 2023 klak. Lokasi ruang acara ‘Lek.’ terletak bersebelahan dengan Zinc Restaurant. Harga tiket pula boleh didapati pada harga RM20 manakala untuk pelajar pula hanya RM10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *