Sebuah kollektif DJ Same Faces Different Places (SFDP) akan melakukan sebuah parti di ruang acara ‘Lek.‘ pada 23 Disember 2023 (Sabtu), bermula jam 9pm sehingga habis! Parti ini akan memaparkan 3 orang DJ iaitu Keeyushee, Kawaii Boy, dan Reza. Menurut Keeyushee, SFDP semasa awal penubuhannya pada 2018, SFDP merupakan sebuah kollektif DJ yang banyak memainkan muzik-muzik Hip-Hop dan R&B. Tetapi setelah beberapa tahun kemudian, SFDP telah mula melakukan beberapa pop-up parti di sekitar bandar raya Kuching yang bermatlamatkan untuk menambahkan perisa inclusivity di dalam muzik untuk kehidupan malam di bandar raya Kuching dengan menganjurkan beberapa pop-up parti untuk di hidangkan kepada pengunjung-pengunjung yang menghadiri mana-mana acara mereka.

Keeyushee

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang bakal beraksi, Keeyushee merupakan salah seorang daripada co-founder untuk SFDP dan beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam muzik terutamanya di dalam genre Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Keeyushee juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio english tempatan iaitu Hitz.FM dan dengan pengalaman sebagai seorang Dj radio dan juga merupakan freelance Dj, beliau sudah pasti akan menyajikan para hadirin yang hadir ke mana-mana acara beliau dengan pengalaman yang pasti akan membuat para pengunjung menari dengan sepenuh jiwa.

Kawaii Boy

Kawaii Boy pula merupakan salah seorang Dj freelance tempatan yang mula mendapat perhatian di dalam scene underground pop-up parties di sekitar bandar raya Kuching. Beliau mula melibatkan diri di dalam scene Dj underground apabila beliau belajar di Kuala Lumpur dan menghadiri sebuah pop-up parti di mana Dj yang sedang spin ketika itu memainkan track-track yang bergenrekan Baile Funk, Dancehall, dan Afrobeat. Kemudian ketika dunia dilanda pandemic Covid-19, beliau menggunakan peluang itu untuk memperhalusi seni Dj beliau di dalam kamar bilik beliau dan memburu track-track untuk di tambahkan di dalam koleksi beliau. Setelah pandemic Covid-19 berakhir, bermula lah perjalanan beliau sebagai Dj freelance di Kuching dan anda boleh check out page insta beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mana-mana show beliau.

This image has an empty alt attribute; its file name is rezza-731x1024.jpg
Rezza

Seterusnya adalah Rezza. Beliau juga merupakan seorang freelance Dj yang bermula di dalam bilik dan berteraskan minat yang mendalam di dalam muzik yang menerokai bunyi-bunyian di dalam genre Afrobeat dan Amapiano. Sebagai seorang freelance Dj yang belajar sendiri di dalam memperhalusi seni kurasi muzik yang dimainkan oleh beliau, set Rezza bakal menggambarkan dan menceritakan beliau sebagai individu, melalui track-track yang bakal di mainkan dan di kurasikan oleh beliau sendiri.

Jay C

Acara ini juga akan di meriahkan dengan Jay C sebagai emcee pada malam tersebut yang pasti akan membuatkan para hadirin terhibur dengan gembar-gembur gaya beliau. Apa yang ada pada malam tersebut nanti bukan hanya set Dj dan hiburan dari emcee. Akan tetapi ada makan-makan juga. Tiket kemasukan boleh didapati dengan harga RM30 sahaja di hadapan pintu dan anda di galakkan untuk membawa rakan-rakan anda bersama kerana setelah penat bekerja, ini lah masa untuk berehat dan bergembira bersama rakan-rakan di hujung minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *