Seni Kita Weekend yang di anjurkan oleh HAUS KCH kembali lagi tahun ini dan kali ini, ia akan berlangsung di Old Court House Kuching, pada 2 dan 3 March 2024, bermula jam 10am hingga 6pm. Seni Kita Weekend kali ini akan meraikan 2 perayaan iaitu Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi. Konsep yang akan di ketengahkan untuk Seni Kita kali ini adalah ‘Kongxi Raya‘ dan akan menyerlahkan kepentingan pelbagai budaya dan perayaan tempatan.
Dengan beberapa siri persembahan kebudayaan dan demonstrasi sepanjang hujung minggu, akan ada merangkumi persembahan tradisional Cina, demonstrasi pembuatan makanan Lemang, dan juga demonstrasi membuat Kuih-Lapis. Swinburne Dance Club, salah satu daripada rakan kolaborasi untuk acara ini juga akan melakukan tarian tradisional Cina iaitu ‘Rigorous Splendour 象王行’. Lemang Betawi dan Borneo Mosaic juga akan melakukan demonstrasi budaya dengan Lemang dan Kuih-Lapis.
Menurut Christy Yang yang juga merupakan penyelaras program untuk Seni Kita Weekend, “Kami sangat teruja dengan beberapa siri hujung minggu yang menarik untuk komuniti kreatif tempatan di Kuching! Memulakan bulan March dengan Kongxi Raya, ini merupakan tema pertama kami untuk menggalakkan gabungan beberapa elemen yang berbeza dari segi seni, barangan buatan tangan, makanan, minuman dan banyak lagi.”
Dengan kerjasama bersama Dirty Art Club, Seni Kita akan mempersembahkan Kongsi Raya Canvas, sebuah initiatif seni inklusif yang akan didirkan di atas rumput, penyediaan bahan-bahan untuk bergembira dan berkreatif bersama dengan setiap peserta yang akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang akan berlaki nanti. M.Sahzy akan melakukan seni Archa dan akan mempamerkan seni pemasangan di Old Court House Kuching. Seni Kita Weekend kali ini juga ada Kongxi Raya Photo Booth di mana semua orang akan dapat mengambil gambar dan berkongsi di platform media sosial mereka dengan hashtag #KongxiRayaKita.
55 Pasar Seni Kita Sarawakian Creative vendors juga akan termasuk KIN Kombucha, Mental Health Association of Sarawak (MHAS), Gerai Sulu Nuan, Letterrhythm, dan Puff Lab adalah antara vendor yang ada di Seni Kita Weekend. Beberapa vendor seni juga akan mengadakan beberapa bengkel interaktif agar orang ramai boleh turut serta dan belajar kemahiran baru dan mencipta beberapa bahan kerja yang unik. Antara yang ada adalah dari fashion, aksessori, cetakan seni, dan produk kesihatan.
Untuk Kamboh Segment pula akan dilakukan pada hari Ahad, di mana akan ada sesi Tuak Testing sebelum sesi Drum Challenges dari Sarawak Drum Community dengan kolaberasi bersama dengan 3 Dinda. Akhir sekali, sesi Seni Kita Weekend akan diakhiri dengan persembahan DJ daripada JayC Panganiban yang akan menyajikan para pengunjung dengan muzik ambient.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Seni Kita Weekend, boleh lah layari media sosial mereka dan juga HAUS KCH.