Sebuah acara yang meraikan kepelbagaian, dan kekayaan budaya Sarawak iaitu Harvest Fusion Festival 2024 telah berlangsung di La Promenade Mall Outdoor Carpark bermula 18 – 31 May 2024 dari jam 5pm sehingga 11pm. Acara yang di anjurkan oleh City Services Sdn Bhd ini menjanjikan pengalaman yang tak akan dilupakan oleh mereka yang datang. Harvest Fusion Festival juga dipasarkan sebagai festival Gawai yang Premium dengan menggabungkan elemen-elemen tradisional, dan kontemporari.
Menurut hebahan akhbar, festival ini juga di anjurkan dengan bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian dalam berbilang bangsa dan jurang generasi. Perkara ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan tema persembahan yang juga merangkumi makanan dan minuman.
Buat pertama kalinya, perlancaran besar-besaran akan dilakukan bersama dengan para hadirin sebagai melambangkan penghormatan kepada keharmonian dan kepelbagaian di dalam Sarawak. Band seperti At Adau dan Dream Machine akan berganding tangan sebagai persembahan pembukaan dan juga sebagai menandakan pertembungan pelbagai genre, generasi dan tradisi.
Countdown untuk The Harvest Fusion Festival 2024 Gawai Countdown adalah di endorse oleh Guinness dan disokong oleh Heineken Malaysia Berhad dan sebagai sempena mengira detik untuk 1 Jun, At Adau akan sekali lagi membuat persembahan sambil ada upacara ‘Sealing of the Tuak jar‘ akan diadakan sempena sambutan perasmian The Harvest Fusion Festival.
Antara highlight-highlight lain untuk acara ini adalah persembahan dari Lock & Load, barisan-barisan penghibur dari Bidayuh Artiste Music Association (BAMA), Pinanak Sentah, Music Never Die, Metric Modulation, Ethnic Transmission, Radak Nyawa, Automatic The Remote, Yaya Sim, dan 11th Minute Band.
Persembahan terakhir pula akan di ketuai oleh persembahan dari At Adau. Sebagai tambahan, The Harvest Festival juga akan melancarkan ‘Udah Makai Buai’, sebuah kempen dimana ia bertujuan untuk menekankan kesedaran dan mempromosikan kepentingan untuk menjaga kebersihan sekeliling ketika sebuah festival sedang berlangsung dan selepas tamatnya festival tersebut.