Bersiap sedia untuk pengalaman yang pasti menggemparkan Miri, Sarawak. Revolution Parade bersama dengan LiveInKCH mempersembahkan, The Red Jumpsuit Apparatus live di Miri, Sarawak, Malaysia pada 14 September 2024 bertempat di MyyMall Rooftop (Level 4). Dengan pembatalan persembahan mereka yang sepatutnya berlaku ketika Sunbear Festival 2022 disebabkan oleh beberapa masalah dalaman, kali ini, dengan gabungan bersama Revolution Parade dan LiveInKCH, mereka akan datang buat julung kalinya di kepulauan Borneo Sarawak, Malaysia di Miri.
Berasal dari Middleburg, Florida, The Red Jumpsuit Apparatus telah menggegarkan dunia Alternative Rock, Pop-Punk dengan pengaruh Emo di tahun 2000-an. Dengan lagu-lagu seperti Face Down dan Your Guardian Angel yang memecahkan carta Billboard di era itu, kedatangan The Red Jumpsuit Apparatus pasti akan membuat ramai peminat lama dan baru teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan mereka yang biasanya hanya di lihat melalui kaca YouTube sahaja.
Tiket dihadapan pintu akan dijual dengan harga Rm105 sahaja dan pre-sale dijual dengan hanya Rm95. Untuk sebarang penempahan dan kemas kini mengenai acara ini, bolehlah layari laman www.RevolutionR3cords.com.
Antara band-band lokal yang turut akan membuat persembahan terbuka adalah Doh Kajau, Buxnid, Roses Are Black, Race Before Sunset, Measmata, Annabelle My Ex, Space Bird, Empty Wallet, Ordin. J, Kosmik, dan Secret Signal. Dj Pokedol pula akan memastikan keadaan sekeliling tidak akan sunyi ketika berlaku transisi antara band.
Selain daripada persembahan muzik, para pengunjung juga akan boleh menonton secara live pertunjukan Graffiti dan Kustom Bike Showcase.
Acara ini di anjurkan oleh Revolution Records, dengan rakan kongsi mereka iaitu, LiveInKCH, Revolution002 Clothing Co, Iski Musik, Guerrilla Artchitects Studio, dan Louis Borneo Jam. Rakan kongsi media pula adalah, Lokal Fotografi, Bryant Leong, rakan kongsi merch pula adalah, Legacy.MYY, venue adalah MYY Mall, dan label rasmi pula adalah Skesh Entertainment.