Automatic The Remote telah meriliskan sebuah muzik video terbaru mereka iaitu Suara-Suara. Sebuah lagu terbaru dari Automatic The Remote yang buat pertama kalinya menggunakan penggunaan bahasa Malaysia. Automatic The Remote merupakan sebuah band yang memain muzik yang beraliran Pop-Punk dan Rock. Mereka di tubuhkan pada tahun 2019 dan berasal dari Kuching, Sarawak di kepulauan Borneo Malaysia.
Walaupun secara rasminya mereka ditubuhkan adalah pada 2019, namun permulaan sebenar Automatic The Remote ada berlaku pada tahun 2018 ketika mereka menghadiri sebuah festival muzik antarabangsa di Bali, Indonesia. Ahli-ahli band Automatic The Remote adalah terdiri daripada Mark (Vokalis), Fab (pemain Bass), Joners (pemain gitar) dan Rendall (pemain Dram). Ahli-ahli awal Automatic The Remote yang sekarang sudah tidak bersama mereka lagi adalah, Dansley (2018-2019, sebagai pemain Bass), Giacherie (2018-2019, sebagai pemain Gitar) dan Navin (2018-2024, sebagai pemain Gitar).
Menurut hebahan akhbar Automatic The Remote, “Nama band kami adalah di cadangkan oleh Dansley, bekas pemain bass kami, yang membawa maksud, bagaimana kita bertindak balas terhadap kehidupan kita sendiri serta sentiasa menyokong dan menjaga antara satu sama lain, seperti sebuah keluarga besar yang bahagia. Atau secara ringkasnya, nama itu kedengaran lucu dan agak unik.“
Automatic The Remote telah banyak bermain di pelbagai tempat seperti menjadi opening band untuk beberapa show oleh band At Adau, di pentas What About Kuching (WAK), Sunbear Festival 2022, Co-Op Gig, Juh Berami Ngn Mekorng oleh Atas Angin Tour 2024, Borneo Benua Tattoo Convention dan banyak lagi.
Mereka juga pernah ditampilkan di dalam Top 200 Anugerah Lagu Indie: untuk lagu So Tell Me pada tahun 2022, Lokal Power oleh Cats FM pada tahun 2022, The Rock Zone oleh Red FM padah tahun 2020, Pancaindera ‘Live Lounge’ pada tahun 2024, ’34je’ oleh RedFM pada tahun 2024 dan banyak lagi.
Untuk lagu terbaru mereka Suara Suara pula, lagu ini dikarang oleh Fabrickson, iaitu pemain Bass mereka. Lagu ini pada asalnya mempunyai suasana retro dan bergenrekan ‘Bikers Rock‘ era 80-an. Fab kemudiannya mencadangkan bahawa lagu ini untuk diolah semulah dan di beri sentuhan baru. Akhirnya lagu ini telah di beri nafas baharu yang berbunyikan Pop-Punk dan element Rock, selaras dengan identiti band ini sendiri.
Tema lagu ini pula menekankan kepada tema-tema yang jarang dibicarakan, menonjolkan saat-saat kesedaran diri dan reflaksi peribadi dan introspektif. Check out, muzik video terbaru daripada Automatic The Remote, Suara Suara. Jangan lupa klik like, subscribe dan share kepada kawan-kawan dan keluarga anda!