Horizon Entertainment akan menganjurkan sebuah gig ‘The Saints Are Coming‘ bertempat di Appleseeds Studio Kuching pada 29 Disember 2024 (Ahad), bermula jam 5.00pm – 10.00pm. Tiket pula akan di jual dengan hanya RM10 sahaja.

Antara band-band yang akan beraksi pada gig The Saints Are Coming adalah Roses Are Black, Garbage Diary, Fire Bomb, The Emotionless, Voneka, D Renaissance dan Messy Youth. Menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh Horizon Entertainment, gig The Saints Are Coming yang pertama ini akan lebih menumpukan kepada band-band yang bermain muzik yang berirama Pop-Punk dan Alternative Rock. Pihak penganjur juga sudah membuat rancangan untuk gig The Saints Are Coming di masa hadapan yang akan lebih inclusif dengan memaparkan band-band dan pemuzik yang membawa genre-genre lain seperti Metal, Hip-Hop, Hardcore, Indie dan lain-lain. Ini adalah antara initiatif Horizon Entertainment di dalam memastikan scene muzik underground di Sarawak akan sentiasa hidup, berkembang dan lebih inklusif di dalam semua genre dan sub-culture.

Jangan lupa untuk datang ke gig ini dan follow page media sosial Horizon Entertainment untuk mendapat maklumat secara terus tentang mana-mana acara yang dianjurkan oleh mereka.