Sebuah gig yang di gelar Suku Satu [Edisi 1] akan berlangsung pada 23 Februari 2025 (Ahad) bertempat di Appleseeds Studio Kuching. Gig ini akan bermula tepat jam 3.00pm sampai habis. Sebelum 22 February 2025 (Sabtu), tiket akan di jual dengan hanya berharga RM45 dan tiket di hadapan pintu akan dijual dengan harga RM60.

Raksar

Gig Suku Satu [Edisi 1] ini akan memaparkan 8 buah band dan mereka adalah Huha, Radio 83, Schiv, No Mo, Clockwise, Dazegarden, Heroine, dan headline daripada Ipoh, Perak, band yang memainkan genre Psychedelic Stoner Rock, Raksar. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk rilisan ini, para pengunjung yang datang ke gig ini akan dapat merasai pelbagai band dari pelbagai genre dari Indie Rock, Grunge, Hardcore, Post-Rock, Skate Punk dan Psychedelic Stoner Rock.

Jangan lupa untuk datang ke gig ini pada 23 Februari 2025 (Ahad) ini bermula jam 3.00pm sampai habis. Bawa kawan-kawan, teman istimewa dan tarik siapa-siapa yang mencari gig di hujung minggu.