Sebuah gig yang di anjurkan bersempena dengan pemergian mendiang Navin selepas 100 hari bakal diadakan di Purrfect Studio pada 19 Julai 2025(Sabtu), bermula dari jam 6.00pm sampai habis. Gig ini merupakan gig tribute kepada mendiang Navin yang juga merupakan gitaris kepada band Automatic The Remote dan Kajor yang telah terlibat dalam kemalangan yang tragis.

Gig tribute ini dianjurkan dengan kerjasama rakan-rakan band dan para komuniti yang terlibat di dalam scene lokal Kuching. Tenaga yang Navin tinggalkan sememangnya adalah satu perkara yang pasti di rindui dan diingati oleh setiap orang yang mengenali beliau dan pernah menonton persembahan beliau dengan mana-mana band yang beliau pernah main bersama.

Antara band-band yang akan membuat persembahan untuk gig ini nanti adalah Space Bird, sebuah band instrumental Post-Rock, Ethnic Transmission, sebuah band Alternative Indie Rock Iban, Automatic The Remote, band Pop-Punk dan juga merupakan band arwah Navin sendiri, Kerri, band Nu-Metal, Kolbenfaust, band Metalcore, Narrathief, band Alternative Math Rock, dan At Adau, band Post-Traditional/Experimental World Music.

Automatic The Remote, bersama mendiang Navin ketika pembikinan muzik video “So Tell Me

Sedikit info mengenai arwah Navin. Menurut hebahan akhbar yang dihantar ke kami untuk acara ini, mendiang Navin merupakan seorang yang sangat visionary dan sebelum pemergiannya, beliau sebenarnya sedang bergiat didalam menjalankan projek peribadinya iaitu Surfing to Proxima. Sebuah projek yang bereksperimentasi dengan pelbagai jenis genre. Minat beliau terhadap muzik adalah sangat mendalam dan sifat beliau yang sering menyokong usaha mereka yang berjuang di dalam pembangunan muzik lokal di Kuching adalah sesuatu yang sangat di hormati.

Pada gig ini nanti, tiket kemasukan adalah hanya RM20 dan setiap kutipan ini akan disalurkan terus ke isteri mendiang dan untuk turut meringankan beban keluarga mendiang. Kepada mereka yang ingin turut menyumbang dalam bentuk lain, boleh lah hubungi penganjur acara untuk urusan-urusan selanjutnya.

Para penganjur mengalu-alukan kedatangan orang ramai di acara ini pada 19 Julai 2025(Sabtu), bermula dari jam 6.00pm sampai habis bertempat di Purrfect Studio. Walaupun Navin tidak bersama kita lagi, namun semangat yang beliau sentiasa bawa bersama sentiasa hidup dan kekal bersama setiap diri kita.