Rapper 2LANG yang dahulunya dikenali sebagai Tulangkata telah meriliskan sebuah single terbaru beliau iaitu ‘METHKILLER‘. Lagu ini di producekan oleh Ahmad Jauhari dan lirik pula adalah dari2LANG sendiri. Menurut pehabahan yang dihantar, lagu ini mendapat inspirasi daripada sebuah blockbuster filem tempatan bertajuk Sherif: Narko Integrity.

Lagu ini menceritakan tentang budaya-budaya korupsi yang semakin merebak dan berleluasa dikalangan para-para penguat-kuasa, penunggang-penunggang agama, mereka yang memegang kuasa serta pengaruh di peringkat tertinggi dan juga mereka yang membuat kerja terhina dan terkutuk ini sehingga di tahap-tahap yang paling rendah di jalanan dan juga di kalangan masyarakat.
Dengan mempunyai latar belakang sebagai pemuisi, 2LANG menggunakan bahasa Melayu yang tajam dengan bunyi-bunyian muzik/beat Trap yang berat dalam menyampaikan message-message yang harus dan perlu disampaikan. Menurut 2LANG, “Kalau sesebuah sistem itu telah gagal dalam, adalah tanggungjawab rakyat untuk berdiri

Lagu ‘METHKILLER‘ daripada 2LANG boleh di dengar di setiap platform muzik. Jangan lupa follow like subscribe 2LANG di setiap platform media sosial dan stream muzik di setiap streaming platform!