Kumpulan yang berasal daripada Bandung, Indonesia Lilo Lilo telah meriliskan sebuah single terbaru mereka iaitu “ Cantik Setengah Gila”. Penulisan lagu ini ditulis bersama oleh ketiga-tiga ahli kumpulan ini sendiri iaitu Aldi Haqq, Kevin Rinaldi dan RR. Mereka mendapat inspirasi untuk mencipta lagu ini daripada masalah gejala sosial media di Indonesia yang terlalu menyanjung wanita-wanita yang cantik namun bersikap manipulatif terhadap lelaki.

“Cegil” merupakan singkatan kepada perkataan yang bermaksud cewek(wanita) gila, dimana mereka menjelaskan perasaan mereka sebagai seorang lelaki di dalam lagu ini. Aldi Haqq menjelaskan bahawa, semenjak wujudnya perkataan itu, mereka berasa serba salah untuk berdepan wanita – wanita di luar sana yang dikatakan manipulatif tetapi disanjung tinggi di media sosial. Menurut Aldi yang juga merupakan vokalis untuk band ini, “Semenjak perkataan cegil menjadi trend, saya sering merasakan saya yang sentiasa salah setiap kali saya ingin berkomunikasi sama cewek. Sebab itu saya merasakan bahawa lagu ini benar-benar sesuai buat cewek-cewek yang manipulatif tetapi berselindung di belakang label cegil.“

Bunyi-bunyian lagu ini juga adalah inspirasi daripada genre Rock N Roll di zaman 50-an seperti Elvis Presley, Chuck Berry dan Roy Orbison dan menggabungkan unsur-unsur gaya vokal dan kord progression daripada Rock 70-an. Lilo Lilo juga berharap sekiranya para pendengar juga dapat memahami dan mendengar cerita daripada mangsa manipulatif oleh cegil di dalam percintaan.

Menurut Kevin Rinaldi yang juga merupakan pemain keyboard, “Lagu ini merupakan lagu rock yang paling simple kami buat kerana kami menghabiskannya dalam masa satu jam sahaja.” Ini adalah kerana lagu ini dibuat seacara spontan ketika mereka sedang membuat persembahan di Jogja pada tahun 2025.

Lagu “Cantik Setengah Gila” daripada Lilo Lilo kini sudah boleh di strim di setiap platform muzik online. Jangan lupa  mengikuti Lilo Lilo di setiap platform muzik! Sekiranya anda ingin berkomunikasi dan berkolaberasi dengan Lilo Lilo, mereka boleh di hubungi di maklumat berikut:di maklumat berikut:

Email: liloliloband@gmail.com

DM di Instagram: @liloduakali

Ditulis oleh: Hendriana

Editor: Ajyp