Scene muzik lokal Kuching di gemparkan dengan kehilangan seorang icon underground/indipendent, Abang Saiful Zahrin. Beliau di sahkan meninggal pada 10 March 2020.
Arwah merupakan antara figura yang penting dalam memastikan scene lokal underground Kuching bergerak dengan aktif. Semuanya bermula dengan beliau dengan adik beliau Kojack Abang Abdul Rahim dalam menubuhkan Disharmonic Movement, sebuah event organiser yang aktif melakukan gig-gig di sekitar bandar raya Kuching pada tahun 2000an. Arwah juga merupakan pemain bass kepada sebuah band lagenda Kuching United Kids of Oi! bersama-sama dengan adik beliau Kojack sebagai vocalist utama.
Sepanjang tahun 2000an sehingga ke 2010an, mereka antara organisasi yang paling aktif dalam memastikan setiap minggu atau setiap bulan akan ada gig di Kuching.
Kebanyakan band-band yang wujud masa kini yang bermula pada sekitar 2000an seperti Dance On Your Grave, Bronco Buster bermula dari gig-gig anjuran Disharmonic Movement.
Disharmonic Movement juga merupakan antara organiser awal yang membuat gig dengan menggabung band-band dan artist-artist dari pelbagai genre untuk bermain dalam satu platform. Dari Punk, Hardcore, Metal, Reggae, Hip-Hop dan sebagainya.
Kami dari RukunTV masa kami mula-mula berkecimpung dalam dunia lokal scene underground di Kuching, semuanya bermula dengan menghadiri gig-gig yang di anjurkan oleh Disharmonic Movement. The experience coming to local shows and being part of the scene changed our lives forever.
Terima kasih Disharmonic Movement, Terima kasih kepada 2 beradik arwah Saiful dan Kojack kerana sumbangan Disharmonic Movement dalam memastikan scene muzik lokal Kuching terus berkembang sehingga sekarang. Sekarang scene muzik lokal telah terus berkembang dan hasil perjuangan yang telah di lakukan oleh Disharmonic Movement telah melahirkan ramai generasi organiser-organiser gig baru seperti LiveinKCH, Thornwire, MatiParaiDeadsi dan banyak lagi(maaf kalau ada yang terlepas) yang menyambung legasi Disharmonic Movement.
Kepada peminat-peminat dan pejuang scene muzik lokal kita, teruskan menyokong scene-scene lokal, band-band lokal, organiser-organiser lokal. Kurangkan berbalah dan bersatu lah kita semua. Walaupun ideologi sub-budaya kita berbeza, tapi minat kita, tujuan kita dan harapan kita semua sama. Mengangkat scene indipendent lokal kita supaya ia terus hidup sampai ke generasi-generasi seterusnya. Kita tidak tahu bila masa nya kita pula yang akan pergi. Al-Fatihah, salam takziah di ucapkan kepada seluruh keluarga Saiful dan terima kasih untuk segalanya yang telah anda lakukan untuk scene muzik lokal kita. Segala sumbangan yang Disharmonic Movement telah curahkan kepada lokal scene kita akan kita kenang dan hargai sampai bila-bila. Terima kasih kepada arwah Saiful dan terima kasih Kojack!